Skip to main content

Tahanan reman Hasanah tambah sehari


PUTRAJAYA -- Tempoh reman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid dilanjutkan sehari lagi bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Majistret Intan Syafinaz Ros’lin  melanjutkan tempoh reman berkenaan sehingga 5 petang esok  selepas  membenarkan permohonan SPRM.
Hasanah yang  ditahan SPRM pada Selasa lepas telah direman selama lima hari bermula Rabu lepas bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding reman itu, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah berkata, SPRM pada mulanya memohon tempoh reman anak guamnya itu dilanjutkan tujuh hari lagi tetapi ​​​​​​​majistret hanya membenarkan dilanjutkan satu hari sahaja bermula hari ini sehingga 5 petang Isnin.
Terdahulu, ketibaan Hasanah di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.55 pagi disambut beberapa wanita dipercayai anggota keluarganya yang memeluk dan menciumnya.
Selain Hasanah, turut direman sebelum ini ialah enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan seorang timbalan pengarah bergelar Datuk yang bertugas di MEIO  atau Jabatan Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri.  .
Ketujuh-tujuh mereka yang direman lima hari dari Selasa  dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM. Sehingga ​​​​​​​​​​​​​​kini sembilan orang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan. 
Penahanan terakhir ialah seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun berstatus penduduk tetap United Kingdom yang ditahan di Kelantan Rabu lepas.  Ahli pernigaan berkenaan kini direman tujuh hari mulai Khamis lepas.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki Azam dilaporkan berkata SPRM percaya wang milik kerajaan  berjumlah US$12 juta telah diselewengkan pihak tertentu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...