Skip to main content

Tidak layak jadi PM jika abaikan orang Melayu


IPOH -- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan
beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri jika mengabaikan agenda untuk orang Melayu dan
agama Islam.
Beliau berkata perbezaan daripada sudut bangsa dan agama yang dianuti tidak akan sesekali
menjadi batu penghalang untuk dirinya melaksanakan keadilan terhadap kepentingan kaum lain di
Malaysia.
"Saya akan pertahankan kepentingan Melayu supaya tidak terpinggir, miskin dan tiada ruang
perniagaan besar di bandar-bandar.
"Saya juga akan tetap jaga orang-orang yang beri keyakinan dan sokongan kepada kita
termasuk India, Cina dan kaum lain," katanya ketika berucap dalam majlis Amanat Perdana Malaysia
Baharu di Dewan Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini, hari ini.
Katanya, PKR juga akan meneruskan penerapan konsep Islam dalam parti, namun ia tidak
akan sesekali dijadikan sebagai imuniti dan kelebihan untuk menekan mana-mana anggota parti
daripada kaum lain.
"Kita tidak akan gunakan Islam untuk menekan orang lain atau buat tafsiran Islam hanya nak
hukum orang sahaja. Fahaman Islam kita itu berdakwah, beri kesedaran penafsiran dan pemahaman
syariah yang benar," katanya.
Anwar, yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berkata pendirian
beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) adalah senada.
"Kita adalah masyarakat Malaysia yang faham agama dan kita tidak setuju dengan
perkahwinan sejenis, cuma media cuba laga-lagakan (dengan melaporkan) perdana menteri kata
tidak setuju dengan LGBT, Anwar kata kita kaji semula undang-undang liwat," katanya.
Anwar berkata undang-undang liwat adalah undang-undang yang dibawa oleh Inggeris ke
India pada zaman penjajahan kemudian Malaysia mengambil undang-undang tersebut dan bawa ke
negara ini.
"Bagi saya undang-undang itu tidak adil dan harus dikaji semula, jadi nak tunjukkan laga saya
dan Tun Mahadthir hari-hari itulah ditunjuk apa yang saya sebut yang boleh saya bergaduh dengan
Tun Mahathir,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...