Skip to main content

Tiga maut kemalangan dalam kejadian ribut di Perlis


KANGAR -- Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka  bertembung ketika ribut kuat melanda, dalam kejadian di Bukit Cabang, Padang Besar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Hafiz Johari, 28, dan isterinya Siti Asmah Abdul Khalid, 27, yang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak hari ini, serta Konstabel Muhamad Amirul Naim Aziz, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata kejadian itu berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Muhammad Amirul Naim bertembung di simpang Bukit Cabang dengan Nissan Murano dipandu Hafiz yang datang dari arah Kangar.

“Konstabel polis terbabit dalam perjalanan pulang dari rumah mentuanya di Padang Besar ke Seriab di Kangar bersama isteri Ku Noor Shakila Ku Sharudin, 25, dan dua anak perempuan mereka, Mia Iris Safiya, 2 tahun dan Maya Iris Safiya, 4 bulan.

“Mia Iris Safiya berada dalam keadaan kritikal manakala Ku Noor Shakila dan Maya Iris Safiya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Unit Forensik HTF pagi ini, lapor Bernama.

Mohd Nor Marzukee berkata bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa akan dijalankan hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang remaja berumur 15 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebatang pokok yang tumbang melintang jalan akibat dipukul ribut kuat di Jalan Tandop Kampung Baru Tok Kuning dekat Kangar kira-kira 11.45 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew, mangsa Muhammad Kamal Haikal Roslan menaiki motosikal bersama seorang rakan dari rumahnya di Kampung Baru Tok Kuning menuju ke Jalan Datok Ali, Kangar.

“Dalam keadaan ribut dan hujan, remaja itu dipercayai merempuh pokok yang melintang jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya dihantar ke HTF untuk diberi rawatan,” kata Wari.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...