Skip to main content

Tun M rasa malu hutang terkumpul PTPTN kini berjumlah RM36 billion


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad membidas sikap tidak jujur peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang terkumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion.
Perdana Menteri berkata beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila  mereka diamanahkan dengan sesuatu.
“Di Malaysia kadang-kadang terdapat manusia yang sangat tidak jujur. Sebagai contoh, untuk memberikan peluang pendidikan kepada rakyat kita memberi mereka biasiswa, kita mengeluarkan wang untuk membiayai pelajaran mereka supaya mereka kelak akan memperoleh pendapatan yang lebih baik dan dapat meningkatkan taraf hidup.
“Sebaik sahaja mereka diterima belajar di universiti, baik di dalam dalam mahupun di luar negara, kita akan memberi mereka biasiswa, pinjaman sebenarnya, tetapi malangnya apabila mereka sudah kembali (ke tanah air) mereka enggan membayar semula hutang tersebut.
“Kita mempunyai sebanyak RM36 bilion hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN. Saya berasa sangat malu tetapi mereka sebaliknya tidak. Mereka ada pendapatan  dan mampu membayar hutang, cuma mereka sengaja enggan membayarnya,” katanya pada majlis syarahan utama di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), lapor Bernama.
Dr Mahathir turut menggesa peminjam PTPTN yang mampu membayar balik hutang agar lebih bertanggungjawab dan menjelaskan hutang mereka walaupun jika berpendapatan rendah sekalipun.
Beliau berkata mereka yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 boleh mengasingkan sebanyak kira-kira RM100 sebulan untuk membayar balik hutang pinjaman.
Dalam syarahannya, Dr Mahathir juga menjelaskan tentang cadangan beliau agar universiti-universiti di Jepun menubuhkan kampus cawangan mereka di Malaysia dan mengenai pentingnya mempelajari nilai-nilai masyarakat Jepun.
Kata beliau, Malaysia adalah lokasi terbaik bagi maksud tersebut kerana ia akan melibatkan kos yang lebih rendah berbanding di Jepun.
“Saya mencadangkan perkara itu kerana di Jepun pada masa ini semuanya mahal tetapi sekirannya anda mempunyai cawangan universiti Jepun di sini, anda boleh menawarkan sistem pendidikan Jepun dan pada masa yang sama memahami budaya dan sistem nilai orang Jepun, dan kos sara hidup akan menjadi lebih rendah, jadi lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya.
“Selain itu, pelajar dari negara-negara miskin dan pelajar miskin juga boleh datang ke Malaysia untuk belajar di institusi pendidikan Jepun tersebut," tambah beliau.
Dr Mahathir turut melahirkan keyakinan beliau bahawa Malaysia juga boleh mencapai kejayaan seperti Jepun jika rakyatnya memiliki nilai-nilai yang sama seperti yang terdapat dalam siatem nilai masyarakat Jepun, seperti memiliki perasaan malu jika gagal mencapai kecemerlangan, di samping nilai-nilai positif seperti beramanah dan rajin bekerja.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...