Skip to main content

Tun Mahathir akur hanya sebagai Perdana Menteri sementara


BANDAR SERI BEGAWAN -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Katanya, beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam.
Mengenai kebimbangan sekiranya sejarah akan berulang apabila beliau (Dr Mahathir) tersilap memilih penggantinya untuk menerajui negara, Dr Mahathir berkata sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan penggantinya, maka rakyat boleh membuat pendirian pada pilihan raya umum.
Menurut beliau, sebelum ini banyak usaha dilakukan seperti demonstrasi, failkan usul tidak percaya, laporan polis serta deklarasi rakyat menolak kepimpinan kerajaan namun semuanya itu tidak berjaya sehingga ketetapan dibuat rakyat dalam pilihan raya umum.
Beliau seterusnya menafikan tohmahan yang sering dilemparkan terhadapnya, kononnya beliau adalah ‘Ultra Melayu’ kerana menurutnya gelaran itu, sama seperti label Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya semata-mata diberikan oleh musuh politik.
Katanya, beliau mengutamakan negara supaya tidak wujud jurang perbezaan begitu ketara antara penduduk pelbagai kaum sehingga boleh mengundang permusuhan dan rusuhan.
Justeru, katanya, PH sedang berusaha membela nasib dan menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum, lapor Bernama.
Bagaimanapun, katanya, isu perkauman akan tetap wujud dalam sesebuah negara berbilang kaum dan bangsa namun usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan baharu tidak akan menjurus kepada ketegangan atau permusuhan dalam negara.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan tetap dilaksanakan namun ia akan mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya memandangkan komitmen kewangan lain yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
Selain projek pembangunan, Perdana Menteri berkata jentera kerajaan juga ketika ini perlu diperbaiki kerana banyak kerosakan dalam pentadbiran negara berlaku sebelum ini.
Justeru, beliau menyeru rakyat supaya bersabar untuk melihat hasil pembaharuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan baharu PH.
 ​​​​​​​Menjawab soalan hadirin mengenai harapannya sebelum berundur, Dr Mahathir berkata beliau mahu mengembalikan zaman kegemilangan Malaysia yang pernah digelar Harimau Asia dan menjadi kebanggaan rakyat.
“Saya mahu sebuah kerajaan yang demokratik dan bukan kleptokratik,”  katanya.
Katanya, beliau ingin melihat wujudnya ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang) bagi melindungi rakyat serta menjadi sebuah negara maju sebagaimana yang menjadi sasaran dalam Wawasan 2020 sebelum ini

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...