Skip to main content

UIAM akur pelantikan Maszlee dibatal


KUALA LUMPUR -- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersedia dan akur dengan kemungkinan pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden ketujuh universiti itu dibatalkan.
Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata pihak universiti akur dengan segala keputusan yang dimuktamadkan oleh kerajaan selepas isu pelantikan itu dikaji semula.
"Itu hak kerajaan dan kementerian...bukan hak kita (universiti), terpulang kepada mereka untuk mengkaji semula (pelantikan Maszlee) kerana sudah tentu mereka ada asas-asas yang tertentu.
"Kita (universiti) tidak kira siapa yang datang (dilantik sebagai presiden), kami berpegang teguh kepada janji untuk menjadikan universiti sebagai institusi bebas daripada campur tangan politik.
“...dan orang yang datang (presiden yang dilantik) mestilah ‘deliver it’ dan tidak menafikan semua itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Perubatan Melayu 2018 (ICOMMM 2018)) di Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Pada Rabu lepas, Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.
Namun pelantikan itu mencetuskan kontroversi apabila mendapat bantahan dan kritikan ramai yang mempersoalkan kelayakan beliau yang kini memegang portfolio sebagai menteri Kabinet, lapor Bernama.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Maszlee yang dikritik sebagai bercanggah dengan inti pati manifesto Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sementara itu, Maszlee dilaporkan berhasrat untuk menghadap Sultan Pahang sebagai Ketua Perlembagaan UIAM untuk mendapatkan nasihat berhubung isu pelantikannya.
Mengulas berhubung persidangan itu, Dzulkifli berkata ICOMMM 2018 yang bertemakan 'Warisan untuk Perubatan Baru' berlangsung mulai hari ini dan esok (9 Sept).
"ICOMMM 2018 adalah persidangan kali kedua selepas persidangan pertama pada 2015, menjadi platform bagi ahli akademik dan penyelidik membincangkan isu berkaitan manuskrip perubatan Melayu dan kepentingannya kepada profesion pendidikan perubatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...