Skip to main content

UMNO seperti dalam proses menuju kehancuran


KOTA BHARU -- Pintu PAS sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin menyertainya namun ia tidak akan sekali-kali mempelawa mereka, kata Naib Presiden  parti  Datuk  Mohd  Amar  Nik Abdullah.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata dasar keterbukaan PAS itu dapat  dilihat menerusi kesediaan parti membenarkan pemimpin parti lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah di atas pentas mereka.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang masing-masing mengumumkan keluar UMNO pada Selasa dan Rabu.
Mohd Amar turut meramalkan lebih ramai pemimpin dan anggota UMNO akan keluar parti kerana tidak biasa menjadi pembangkang.
"UMNO sekarang seolah-olah melalui proses menuju kehancuran,” katanya.
“Macam PAS sudah biasa menjadi pembangkang dan sudah biasa susah. Orang yang tak biasa susah sukarlah menghadapi keadaan seperti ini," katanya lagi.
Mengulas mengenai kerjasama antara PAS dan UMNO yang dibahaskan pada muktamar parti itu minggu lepas, Mohd Amar berkata setakat ini tiada tindakan kukuh yang diambil oleh mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama secara rasmi.
“Kita cuma duduk minum bersama sahaja… mengorat pun belum apatah lagi nak bertunang.
"Kerjasama dengan UMNO ini cuma dalam perkara 'ad hoc' sahaja seperti membantu golongan dalam kesusahan. Apabila selesai tugas, masing-masing akan kembali kepada parti masing-masing," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...