Skip to main content

Utusan perlu bayar pampasan VSS sekali gus


PUTRAJAYA -- Utusan Melayu (M) Berhad boleh dikenakan tindakan di bawah  Akta Kerja 1955 sekiranya gagal membayar pampasan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pemberhentian, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas laporan bahawa syarikat akhbar itu akan membayar pampasan secara ansuran bulanan selama setahun kepada 800 kakitangannya yang ditawarkan skim tersebut, beliau berkata Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980  menetapkan pampasan VSS perlu dibayar secara sekali gus.

Menurutnya majikan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap kes yang dilaporkan berkaitan penawaran VSS berkenaan.

"Setakat ini kita cuma membaca laporan media, jadi pekerja harus berani tampil membuat aduan rasmi (kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) kerana hak mereka dijamin oleh undang-undang.

"Tanpa aduan kita tidak boleh bertindak membuat siasatan dan sebagainya. Setakat ini kita sedang memantau (situasi)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2018) kali ke-2, lapor Bernama.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pengarah Tenaga Kerja Datuk Mohd Jeffrey Joakim, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye dan Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datin Azlaily Abd Rahman.

Dalam pada itu, Mohd Jeffrey berkata pihak jabatan dimaklumkan syarikat penerbit akhbar tertua Malaysia itu masih dalam peringkat perbincangan dengan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyegerakan bayaran pampasan tersebut.

Azlaily pula berkata kakitangan Utusan Melayu yang diberhentikan di bawah skim VSS itu layak mendapat bantuan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM600 sebulan dalam tempoh tiga bulan.

"Di bawah SIP juga kami boleh bantu (petugas yang ditawarkan VSS) mencari pekerjaan (baharu) sama ada bidang sama atau bidang lain. Kita cuba membantu melalui Jobs Malaysia," kata Azlaily.

Pada Sabtu lepas, NUJ dalam satu kenyataan berkata penawaran VSS oleh Utusan Melayu ke atas 800 daripada 1,500 kakitangannya adalah tidak ikhlas, tidak jujur dan cukup mencurigakan.

NUJ berkata tawaran itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa berbincang, mendapatkan pandangan dan input daripada pihaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...