Skip to main content

Wan Azizah tetap tidak sokong kahwin bawah umur


PUTRAJAYA -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kenyataannya berhubung perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun baru-baru ini tidak bermakna menyokong perkahwinan bawah umur.
Sambil menegaskan kepentingan kanak-kanak perlu menjadi keutamaan pada setiap masa, beliau berkata perkahwinan tidak harus digunakan sebagai jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.
Beliau berkata kenyataannya berkaitan isu perkahwinan kanak-kanak dengan duda berumur 44 tahun di Kelantan itu dibuat berdasarkan laporan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat bahawa ia telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rendah Syariah Tumpat dan sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), saya menegaskan kembali bahawa kita akan menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.
"Saya telah mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan isu itu bersama pihak berkepentingan berkaitan pada 13 September lepas yang antara lain memutuskan KPWKM akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyediakan kertas kerja bagi menaikkan had umur perkahwinan bagi orang Islam sebelum dibentangkan dalam mesyuarat menteri besar dan ketua menteri untuk mendapatkan sokongan," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.
Dr Wan Azizah berkata satu kertas Kabinet turut akan disediakan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi bukan Islam kepada 18 tahun.
Timbalan Perdana Menteri berkata ketua-ketua adat juga akan diberikan maklumat berkaitan kesan-kesan negatif perkahwinan bawah umur terhadap kesihatan dan keselamatan kanak-kanak selain pendedahan mengapa had umur minimum dititikberatkan.
Beliau berkata KPWKM dan Jabatan Kehakiman Syariah akan bekerjasama menggubal garis panduan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi proses meluluskan perkahwinan kanak-kanak oleh Mahkamah Syariah di mana antara perkara yang diberi tumpuan ialah faktor risiko kehamilan dan kelahiran di usia muda.
Dr Wan Azizah berkata beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Liew Vui Keong untuk menyemak kelompongan dan ketidakseragaman di antara undang-undang Syariah dan Sivil berkaitan perkahwinan kanak-kanak.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk menyemak undang-undang sedia ada bagi memastikan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak terpelihara dalam apa jua keadaan.
Katanya pindaan undang-undang hanyalah sebahagian daripada usaha yang akan dilaksanakan, namun pendekatan menyeluruh harus diambil merangkumi soal pendidikan, jaringan sosial, pembasmian kemiskinan dan sistem sokongan bagi kanak-kanak.
Perlindungan dan hak kanak-kanak adalah kepentingan utama bagi saya dan saya tidak akan sesekali berkompromi berkaitan hal ini, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...