Skip to main content

Warga emas maut ditemui dalam lubang kumbahan


BALIK PULAU -- Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung, di sini, pada Isnin.

Mayat Faridah Hashim, 63, ditemukan menantu lelakinya pada pukul 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah.

Wanita itu dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam lubang kumbahan najis yang bertutup sedalam 1.5 meter, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A. Anbalagan di sini.

Beliau berkata wanita itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluarganya   membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.

"Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya," katanya.

Beliau berkata polis menemui sebilah pisau yang dipercayai diguna untuk membunuh wanita itu berhampiran tangki najis berkenaan dan kesan darah pada penutup lubang najis itu.

Anbalagan berkata berikutan penemuan mayat itu, polis kini mencari anak lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan kes itu. Lelaki terbabit juga telah menghilangkan diri sejak 19 Sept lepas.

Beliau berkata polis percaya lelaki berusia 29 tahun itu merupakan orang terakhir dikatakan bersama wanita berkenaan pada pagi 19 Sept lepas, lapor Bernama.

"Mangsa tinggal di rumah itu bersama anak perempuannya serta suspek, menurut anak perempuan mangsa, dia keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi dan ketika itu ibunya sedang menunaikan solat manakala adik lelakinya sedang tidur dalam bilik.

“Anak perempuan mangsa itu balik kerja kira-kira pukul 8 malam dan mendapati ibu dan adik lelakinya itu tiada di rumah. Dia cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi tidak dijawab," katanya.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kerana mencederakan kakaknya itu sering menghidu petrol untuk menjadi khayal dan dikatakan akan memarahi ibunya jika tidak diberi wang.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...