Skip to main content

Zakaria letak jawatan CEO FGV


KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Datuk Zakaria Arshad telah meletak jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, dengan peletakan jawatan itu, penggantungannya yang diumumkan sebelum ini telah berakhir.
Bagaimanapun, penyiasatan forensik yang dinyatakan dalam kenyataan FGV daripada lembaga pengarah pada 28 Ogos akan diteruskan, katanya.
Siasatan yang dimulakan pada akhir 2017 untuk melihat pelbagai transaksi yang menyebabkan FGV terdedah kepada kerugian  besar, dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
FGV juga memberi jaminan bahawa perniagaan kumpulan akan diteruskan seperti biasa.
"Seperti yang diumumkan sebelum ini, Jawatankuasa Lembaga Khas 2 yang terdiri daripada empat Pengarah FGV, iaitu Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping akan terus melaksanakan fungsi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV," katanya, lapor Bernama.
Zakaria digantung tugasnya untuk kali kedua pada Khamis lepas.
FGV menjelaskan bahawa penggantungan itu berikutan berakhirnya siasatan dalaman mengenai 10 isu kritikal yang mengakibatkan kerugian kewangan bagi FGV dan pemegang sahamnya.
Zakaria dalam satu kenyataan mengenai peletakan jawatannya berkata: "Saya mengambil keputusan ini setelah berfikir secara mendalam demi kebaikan semua pihak dan juga masa depan FGV. Walaupun dengan perasaan berat, saya meletakkan kepentingan FGV melepasi kepentingan saya. Saya telah bersama dengan organisasi ini sejak 35 tahun yang lalu dan saya sentiasa mahu melihat kumpulan FGV berjaya dan menjadi kebanggaan negara. "
Menurutnya, ketika mengambil alih sebagai CEO pada 2016, syarikat itu sudah pun mengalami masalah yang serius.           "Usaha saya untuk menangani masalah terbabit menghadapi pelbagai halangan daripada pelbagai sudut. Saya harap keadaan ini akan segera diselesaikan dengan kepimpinan pengerusi dan lembaga pengarah," katanya.
Zakaria berkata, beliau yakin kepimpinan pengerusi dan lembaga pengarah akan mampu memacu kumpulan itu ke tahap yang lebih baik dan mampu menyelesaikan pelbagai isu legasi yang dihadapinya.
"Saya mendoakan rancangan lembaga pengarah untuk memulihkan kumpulan akan berjaya mencapai matlamatnya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...