Skip to main content

10 masih lagi terperangkap dalam runtuhan


GEORGE TOWN -- Sekurang-kurangnya 10 lagi pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini dikhuatiri masih tertimbus  di bawah timbunan tanah runtuh.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata daripada jumlah itu, tiga mangsa memang disahkan tertimbus berdasarkan keterangan isteri dan rakan masing-masing.
"Tiga yang disahkan tertimbus itu ialah dua lelaki Indonesia dikenali sebagai Bahktiar dan Sobri yang memang disahkan isteri mereka manakala seorang lagi adalah lelaki Myanmar yang disahkan rakannya.
"Kami dimaklumkan terdapat tujuh lagi pekerja asing turut terperangkap dalam kejadian tanah runtuh itu, ini berdasarkan keterangan rakan-rakan mereka," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Dalam kejadian pukul 1.56 tengah hari itu, dua pekerja asing ditemukan mati manakala seorang lagi cedera. Dua yang mati itu dikenali sebagai Samsul Asman, 19, dari Indonesia dan Attrul, 35 dari Bangladesh. 
Dua mayat dijumpai berhampiran antara satu sama lain di bawah timbunan tanah runtuh sedalam lima meter itu manakala mangsa yang cedera pula ditemukan bawah timbunan tanah tidak  jauh dari dua mayat  berkenaan.
Terdapat banyak serpihan kontena dan pondok di kawasan kejadian.
Saadon berkata setakat ini, pihaknya dapat mengesahkan enam kontena dan sebuah rumah kongsi yang terletak di tanah lapang berhampiran lereng bukit itu terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan tidak menolak kemungkinan ada lagi kontena lain turut jatuh di bawah runtuhan tanah itu.
"Saya dimaklumkan ada juga pondok-pondok rumah kongsi yang dibina berhampiran kontena berkenaan namun saya tidak dapat sahkan berapa jumlah sebenar kerana semuanya telah tertimbus di bawah tanah runtuh," katanya
Beliau berkata tanah runtuh itu berlaku di bawah kawasan kontena dan rumah kongsi  menyebabkan  berlaku pergerakan tanah yang mengakibatkan kontena dan rumah kongsi berkenaan menggelongsor jatuh kira-kira 50 meter.
Saadon berkata Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM)  Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah dan Perlis turut membantu operasi mencari serta menyelamat yang dijangka diteruskan hingga lewat malam ini, bergantung pada keadaan cuaca dan sumber pencahayaan.
Beliau berkata selain itu, pihaknya turut mendapat bantuan pasukan K-9 (unit anjing pengesan) dari ibu pejabat bomba di Putrajaya, lapor Bernama.
Beliau berkata operasi itu menghadapi beberapa kesukaran antaranya keadaan tanah yang lembut, tiada laluan untuk jentera masuk ke tempat tanah runtuh dan dipercayai masih terdapat pergerakan tanah di kawasan berkenaan.
"Ketika ini 200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang turut dibantu pelbagai agensi antaranya pihak polis, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Bandaraya  Pulau Pinang, kontraktor projek dan pasukan bomba dan sukarelawan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...