Skip to main content

300 keluarga Orang Asli gelisah diganggu gajah


GUA MUSANG -- Kira-kira 300 keluarga masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 di sini, hidup dalam ketakutan selepas sekumpulan lebih 10 ekor gajah menghuni berdekatan kawasan perkampungan mereka  sejak lebih tiga bulan.
Malah, kumpulan gajah berkenaan turut bertindak memusnahkan leboh 700 batang pokok pisang dan getah yang ditanam penduduk di kawasan seluas enam hektar di perkampungan itu.
Guru agama masyarakat Orang Asli, Mohd Fazli Mamok, 32, berkata berikutan kejadian itu, penduduk terpaksa berjaga malam kerana bimbang kumpulan gajah liar tersebut menyerang rumah penduduk.
“Sebelum ini sudah beberapa kali gajah menghampiri kawasan penempatan dan pernah merosakkan sebuah rumah penduduk namun ia dibina kembali oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
“Berikutan itu, penduduk terpaksa mengatur jadual untuk mengadakan rondaan dalam kawasan kampung sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Mohd Fazli berkata penduduk juga berasa serik untuk menanam kembali pisang dan getah kerana takut dimusnahkan oleh kumpulan gajah berkenaan walaupun ia merupakan sumber utama mata pencarian mereka selama ini.
Seorang penduduk, Faizal Anjang, 30, berkata kampung itu terletak berhampiran kawasan Taman Negara dan menjadi laluan haiwan liar khususnya kumpulan gajah untuk mencari makanan.
Beliau berkata sebelum ini terdapat sebilangan penduduk memilih untuk berpindah ke kawasan lain kerana tidak tahan dengan ancaman gajah liar yang memusnahkan tanaman yang menjadi punca utama pendapatan penduduk selama ini.
“Selain merosakkan tanaman, ada juga gajah yang mengganggu penduduk dengan menggoncang rumah yang didiami mereka pada awal pagi.
“Kejadian itu menyebabkan penduduk tersedar daripada tidur dan bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Jamal Alias, 32, berkata beliau melihat sekumpulan gajah liar itu berkeliaran di kawasan kediaman penduduk antara 1 pagi hingga 6 pagi pada Khamis lepas.
"Walaupun gajah liar itu tidak terlalu ganas dan cepat beredar dari situ apabila dihalau tetapi kami tetap bimbang terutama terhadap keselamatan kanak-kanak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...