Skip to main content

Ahli perniagaan didakwa jual darjah kebesaran palsu


SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki dengan menyerahkan watikah pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang yang palsu membabitkan kerugian RM5,000, Ogos lepas.
Tertuduh, Wan Yon Ann, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.
Wan didakwa memperdaya Tan Wai Khan, 40, seorang ahli perniagaan, untuk mempercayai bahawa watikah pengurniaan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang diserahkan kepadanya adalah tulen sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada tertuduh.
Dia melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan BRP 7/3B, Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam, 18 Ogos lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Wan juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan watikah pengurniaan D.I.M.P atas nama Tan itu sebagai tulen sedangkan ia merupakan dokumen palsu pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan pertuduhan asal.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Selangor Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh bagaimanapun peguam Wan, Shalehhuddin Salam  memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000.
Kata Shalehhuddin, Wan perlu menanggung isteri serta dua anak dan bapanya, yang juga penjamin kes merupakan Orang Kurang Upaya selain menghidap darah tinggi, lapor Bernama.
Majistret Rini Triany membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov ini untuk pengurusan kes.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...