Skip to main content

Saya sangat kecewa - Syed Saddiq


KUANTAN -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan pelbagai kepincangan dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) hasil lawatan mengejutnya di akademi bola sepak berkenaan dekat Gambang di sini, hari ini.
Beliau berkata akademi dibina dengan harga RM85 juta itu dilihat gagal menepati tujuan pembinaannya sebagai pusat latihan dalam melahirkan bakal pelapis Mokhtar Dahari di negara ini, dan bakat bola sepak bertaraf antarabangsa berikutan serba kekurangan dari segi kemudahan latihan dan peralatan.
"Saya sangat kecewa sebaik melihat sendiri permasalahan berlaku di AMD terutama berkaitan kemudahan dan peralatan di situ. Lebih menyedihkan perkara asas melibatkan aspek pemakanan tidak diberi penekanan sehingga ada pemain terpaksa berlapar kerana makanan disediakan tidak menepati kualiti ditetapkan.
"Masalah lain pula seperti bola sepak digunakan untuk latihan tidak mencukupi hingga memberi kesan terhadap prestasi pemain termasuk padang latihan yang dilanda banjir," katanya.
Beliau meluangkan masa lebih dua jam melawat akademi itu selepas mendapat maklum balas pada sesi dialog bersama beberapa peminat bola sepak tanah air di Kuala Lumpur semalam, yang memintanya membuat audit mengenai segala peruntukan diberikan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Turut mengiringinya Pengurus AMD, Yusof Ibrahim.
Syed Saddiq berkata faktor ketirisan juga dikesan berlaku di akademi berkenaan menyebabkan misi melahirkan pemain berbakat di negara ini mahupun di peringkat Asia terjejas.
"Dalam hal ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ini kerana masalah ini terlalu besar dan ia perlu diselesaikan segera kerana membabitkan peruntukan sehingga RM85 juta. Bagi saya, kita jangan sesekali menyalahkan pemain jika gagal melahirkan pemain berbakat jika perkara asas tidak diberi keutamaan," katanya, lapor Bernama.
Mengenai 740 kerosakan dan kecatatan dikesan berlaku di AMD, beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanggil kontraktor utama pembinaan akademi berkenaan pada 10 Okt ini.
AMD dirasmikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014 melibatkan ​​​​​​​peruntukan  RM85 juta dengan objektif membawa dimensi baharu dalam bola sepak negara dengan latihan berprestasi tinggi dan pendedahan bakat di peringkat antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...