Skip to main content

Akhirnya Bung Mokhtar mohon maaf terlanjur ucap "fuck you"


KUALA LUMPUR -- Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat permohonan maaf atas perbuatannya menggunakan perkataan kurang sopan pada persidangan Dewan Rakyat, Ogos lalu.
Beliau mengakui perbuatannya itu sebagai 'unparliamentary' dan melanggar Peraturan Mesyuarat 36 (4).
"Saya amat kesal dengan ungkapan tersebut dan sesungguhnya saya dengan suci hati memohon maaf kepada Yang Dipertua dan kepada dewan yang mulia ini terutama sekali ahli-ahli Parlimen wanita," katanya selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.
Beliau turut memberi jaminan tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa depan.
Bung Moktar mengeluarkan perkataan tidak sopan 'f*** you!' ketika perbahasan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 pada 7 Ogos lepas.
Permohonan maaf itu kemudian diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang berharap kesemua anggota Parlimen dapat berbahas dengan berkualiti dalam usaha menjadikan Parlimen Malaysia berkelas dunia.
Zuraida, yang juga Anggota Parlimen Ampang, turut menarik kembali usul merujuk Bung Moktar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang terdapat pada aturan urusan mesyuarat.
"Kerajaan baharu mengamalkan sikap yang terbuka dan toleransi yang tinggi. Oleh itu, saya amat berharap kita buang tabiat yang buruk untuk memartabatkan dewan yang mulia ini," katanya.
 Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudian menganggap perkara berkenaan telah selesai dengan penerimaan permohonan maaf berkenaan.
"Saya menganggap perkara ini telah selesai dengan sebaik-baiknya dengan semangat ukhwah. Tahniah bagi kedua-dua belah pihak kerana meningkatkan kedudukan dewan yang mulia ini," katanya, lapor Bernama.
Ekoran penarikan usul berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengemukakan usul bagi menangguhkan sesi Dewan Rakyat sehingga 4 petang bagi membolehkan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kemudiannya dipersetujui anggota Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...