Skip to main content

Ang Pow Divali tidak betul - MB Negeri Sembilan


PORT DICKSON -- Isu pemberian ‘Ang Pow Divali Pakatan Harapan’ (PH) kepada masyarakat India di Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Aminuddin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menafikan kerajaan negeri memberi bantuan sebanyak RM200 kepada masyarakat India di negeri ini. 

“Pihak kami menafikan perkara ini,  bagaimanapun kita ada inisiatif lain untuk menyalurkan sumbangan sempena perayaan Deepavali nanti.

"Kerajaan negeri akan mengadakan bazaar Deepavali bermula bulan hadapan di Little India, Seremban sehingga tibanya perayaan Deepavali.

"Hasil keuntungan jualan dari bazaar tersebut akan disumbangkan kepada 61 buah sekolah Tamil di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan 2018.

Dalam majlis tersebut Aminuddin turut menyampaikan enam kategori Anugerah Insan Terbilang kepada pelajar, guru dan sekolah, lapor Bernama.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aminuddin juga turut berkata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Port Dickson pada Jumaat ini untuk berjumpa dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson dan juga pegawai daerah. 

"Beliau juga akan bersolat jumaat di masjid Jamek Kampung Paya sebagai tanda terima kasih kepada penduduk Port Dickson serta menyampaikan sumbangan peribadi iaitu mesin hemodialisis terhadap pihak hospital Port Dickson," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...