Skip to main content

Apa yang SPRM ada terhadap saya?


KUALA LUMPUR -- Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan usahanya untuk membantu kerajaan bagi mencari serta membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low adalah kerana ingin mengelak daripada disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas Menteri Pertahananan itu berkata jika benar beliau dikaitkan dengan apa-apa kesalahan rasuah, sudah tentu pihak SPRM akan melakukan siasatan dan mendakwanya.
“Apa yang SPRM ada terhadap saya? … saya tak lakukan rasuah, jika ada dakwaan nak siasat SPRM sampai hari ini tak ada panggil saya.
“Saya dalam hal ini (rasuah) tak terlibat, kalau orang nak cakap saya takut dengan SPRM biar SPRM sendiri dedahkan (kes rasuah),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Hishammuddin ditanya mengenai cakap-cakap bahawa usahanya membantu Putrajaya mengesan Jho Low bertujuan untuk tidak dikenakan sebarang tindakan siasatan SPRM.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan dirinya adalah antara 40 nama Anggota Parlimen UMNO yang dikatakan akan melompat parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Saya dah nyatakan beberapa kali saya tak akan keluar parti… orang putih kata ‘action speaks louder than words’... mana ada saya keluar parti,” katanya.
Sementara itu, menyentuh tentang pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat ini, Hishammuddin berharap Kementerian Pertahanan di bawah kerajaan baharu dapat meneruskan aspek keprihatinan dan kebajikan yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...