Skip to main content

Arahan SUK Sarawak memberi kesulitan


KUCHING -- Arahan tidak membenarkan ketua masyarakat dan ketua kaum di Sarawak menghadiri perjumpaan dan acara anjuran kerajaan pusat dan agensinya atau yang dihadiri menteri atau Anggota Parlimen Pakatan Harapan adalah kurang bijak, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.
Beliau berkata arahan seumpama itu adalah tidak adil kepada ketua kaum atau ketua masyarakat yang hanya menjalankan tanggungjawab untuk rakyat yang diwakilinya.
“Arahan seperti itu bukan sahaja menyulit dan menyekat ketua kaum dan ketua masyarakat daripada menjalankan tugas dan tanggunjawab mereka, tetapi juga akan menafikan hak rakyat daripada menerima bantuan dan projek daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika melawat Kompleks Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini.
Baru, yang juga pengerusi PKR Sarawak, berkata demikian ketika diminta mengulas arahan itu yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang kini tular di media sosial.
Beliau berkata pelbagai agensi kerajaan persekutuan, pegawai dan pemimpin politik perlu berjumpa dengan ketua kaum dan ketua masyarakat untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Tetapi jika mereka dihalang bagaimanakah seseorang ketua kaum akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya?,” kata Anggota Parlimen Selanggau itu.
Dalam pada itu, Baru berkata kerajaan pusat mempunyai peruntukan sebanyak RM35 juta untuk membayar elaun ketua kaum dan ketua masyarakat tahun depan.
Bagaimanapun, katanya elaun berkenaan hanya akan dibayar kepada ketua masyarakat dan ketua kaum yang dipilih oleh penduduk kampung atau rumah panjang, bukannya menerusi lantikan politik.
“Dahulu 70 peratus elaun ketua masyarakat dan ketua kaum di Sarawak dibayar oleh kerajaan pusat dan setelah Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara kita mahu meneruskan pemberian elaun berkenaan kepada ketua kaum di Sarawak,” katanya, lapor Bernama.
Baru berkata kerajaan pusat telah menasihatkan kerajaan negeri supaya melantik hanya ketua masyarakat dan ketua kaum yang dipilih oleh rakyat, bukannya menerusi lantikan politik.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...