Skip to main content

Ayah pesan, jangan lemah atau rebah


MARAN -- "Ayah pesan jangan lemah atau rebah jika apa-apa berlaku ke atasnya," kata Wan Nor Aima Saffiqah, anak sulung bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, yang meninggal dunia di Sri Lanka, Ahad lepas. 
Beliau berkata pesanan itu disampaikan sebelum arwah berlepas ke negara itu pada Selasa lepas, bersama-sama tiga pembantunya bagi menjalani rawatan berhubung penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak dua tahun lalu. 
Wan Nor Aima Saffiqah, 23, berkata beliau dan ibunya Datin Seri Ilyana Haron, 42, tidak menemani arwah kerana sedang menunggu kelulusan visa dan akan menyusul kemudian.
"Bagaimanapun, pada 2 pagi Ahad, seorang pekerja ayah memaklumkan keadaannya tidak stabil selepas jantungnya tiba-tiba berhenti selepas selesai urusan mengambil sampel. 
"Semasa kami sampai di hospital, ayah sudah menggunakan sistem sokongan hayat," katanya semasa ditemui pemberita selepas selesai urusan pengebumian Allahyarham Wan Amizan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jengka 12 di sini.
Wan Amizan, 46, meninggal dunia di Hospital Colombo, Sri Lanka pada 6.30 petang (waktu Malaysia) Ahad lepas dan jenazahnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi tadi, sebelum dibawa ke sini bagi urusan pengebumian. 
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak berusia antara dua dan 23 tahun, lapor Bernama.
Beliau merupakan ADUN Tahan selama dua penggal bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-12 sebelum kalah kepada calon PAS Mohd Zakhwan Ahmad Badardin dengan majoriti 1,090 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah menyifatkan beliau kehilangan seorang adik kerana mereka sangat aktif dalam UMNO Bahagian Jerantut. 
Nazri yang juga ADUN Pulau Tawar merupakan Ketua UMNO Bahagian Jerantut manakala Allahyarham ialah timbalannya dan mereka mula berkawan sejak di bangku sekolah sebelum sama-sama aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
"Kali terakhir kami berhubung Jumaat lalu, dan beliau minta saya uruskan perwakilan Jerantut ke Persidangan Agung UMNO kerana beliau tidak sempat…kata arwah, dia akan balik pada Ahad.
"Berita pemergian arwah diterima semasa saya sedang mendengar ucapan penggulungan presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi). Saya terkedu dan terus teringat kata-katanya hendak balik pada Ahad," katanya. 
Nazri menyifatkan sikap arwah yang suka memudahkan urusan orang lain 'terbalas' apabila segala proses membawa pulang jenazah berjalan lancar dengan bantuan pihak Istana Pahang, kerajaan negeri dan juga kedutaan kedua-dua negara.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...