Skip to main content

Balasungkawa untuk agamawan terbilang negara


KUALA LUMPUR -- Negara pada Sabtu kehilangan permata dalam bidang keagamaan apabila tokoh terkenal Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia akibat kanser limfoma kira-kira 5 petang.
Hassan, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur setelah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lepas.
Pemergian Hassan, yang dilahirkan di perkampungan Syi'ab Amir di Makkah, Arab Saudi, pada 18 Ogos 1928 tentunya amat dirasai bukan sahaja dalam kalangan anggota keluarga malah seluruh umat Islam  memandangkan jasanya yang besar dalam bidang tilawah Al-Quran di negara ini.
Allahyarham Hassan adalah individu yang diberi penghormatan untuk melaungkan azan semasa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Bapa kepada 22 anak daripada tiga isteri itu bukan asing di kaca televisyen apabila menjadi pengajar rancangan Muqaddam selama lapan tahun di saluran televisyen RTM pada 1970-an.
Tiga isterinya ialah Allahyarhamah Puan Sri Sahara Abdul Samad, Maimunah Abdul Ghani dan Khadijah Yusuf.
Tiga anak lelakinya amat dikenali ramai iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA) Allahyarham Datuk Fuad Hassan dan pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan. 
Allahyarham berguru dengan beberapa murabbi (guru agama) ternama daripada Makkah dan Mesir seperti Syeikh-ul-Maqari, Syed Arif Mahmud al-Bukhari, Syed Amir Luthfi dan Al-Muqri' Tobob Mohd Nuainak. 
Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikurniakan beberapa anugerah dan penghormatan termasuk dipilih sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 2002, yang merupakan penghormatan tertinggi bagi individu yang memberikan banyak sumbangan terhadap kemajuan Islam di dalam negara dan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada 2014.
Allahyarham mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. 
Pada 1997, Allahyarham mendapat Anugerah Khas Seri Angkasa kerana penglibatannya selama 40 tahun bersama RTM.
Kerjayanya termasuk 40 tahun mengajar membaca al-Quran yang ke udara di RTM, dengan Allahyarham sendiri merekodkan 442 siri program membaca al-Quran, kuliahnya menekankan sebutan dan makhraj yang betul dalam kalangan para pelajarnya.
Allahyarham Hassan juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara dan di peringkat antarabangsa dengan turut menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai dan Brunei.
Menurut anak Allahyarham yang dihubungi media, jenazah Allahyarham bapanya akan dikebumikan esok di Makam Diraja Shah Alam, di Persiaran Kayangan, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor, atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...