Skip to main content

Banjir melanda beberapa kawasan Pulau Pinang...


GEORGE TOWN -- Beberapa kawasan di Pulau Pinang dinaiki air berikutan hujan lebat selama dua jam mulai pukul 1.00 tengah hari.
Antara kawasan yang dinaiki air ialah Balik Pulau dan Teluk Kumbar di bahagian pulau manakala di seberang ialah Perai, Butterworth, Taman Inderawasih, Jalan Perusahaan, Kampung Padang Lalang, Bandar Perda dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.
Banjir kilat itu turut menyebabkan 46 penduduk terdiri daripada 12 orang dari tiga rumah di Titi Teras, Balik Pulau dan 34 penghuni dari lapan rumah di Padang Lalang di Bukit Mertajam dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata kawasan yang terjejas teruk ialah Teluk Kumbar dan Balik Pulau iaitu melibatkan Kampung Paya, Kampung Masjid, Flat Taman Perda, Kampung Titi Teras dan beberapa kawasan perumahan berhampiran.
Bagaimanapun, keadaan banjir di beberapa kawasan mulai surut terutama di bahagian seberang.
Sementara itu, pegawai khas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Mohd Firdaus Mohd Safri berkata banjir kilat tengah hari ini turut menjejaskan Sekolah Kebangsaan Seri Bayu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2.
“Jalan masuk ke SK Seri Bayu dan Kampung Paya dinaiki air dan terpaksa ditutup menyebabkan kira-kira 20 murid sekolah berkenaan terperangkap dan dikeluarkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam dan polis. Mereka dihantar pulang dengan kenderaan pacuan empat roda,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Paya, Abdul Hamid Zakaria berkata air mula memasuki rumahnya kira-kira pukul 3.00 petang.
"Sebelum ni (banjir) memang selalu terjadi… jadi bila tengok air naik, kami segera pindahkan barang-barang berharga ke tempat yang lebih tinggi dan selamat agar tidak terjejas," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...