Skip to main content

Beca meniti nasib di arus zaman


MELAKA -- Keringat membasahi wajah Arshad Abu Jabar, 56, yang sudah menampakkan garis-garis halus kedutan usia, namun kakinya gagah mengayuh beca miliknya, membawa penulis mengelilingi kawasan bersejarah di Bandar Hilir di sini.
Kulitnya yang gelap dek terik mentari menjadi bukti betapa usia pengayuh beca yang mesra dengan panggilan Pak Arshad itu banyak dihabiskan sebagai duta kecil negeri ini - sejak kira-kira 20 tahun lalu.
Bukan sekadar mencari rezeki, malah tanpa mengenal penat lelah, beliau melaksanakan ‘tanggungjawab’ memberi maklumat mengenai pelbagai tapak bersejarah kepada para pelancong.
Namun, apabila ditanya mengenai industri beca Melaka pada masa ini, Arshad yang menghela nafas panjang sambil tersenyum pahit berkata banyak perkara telah berubah dan sangat berbeza berbanding 10 atau 20 tahun lalu.
“Sekarang semuanya berubah, baik dari segi nilai warisan mahupun kehidupan pengayuh beca. Alhamdulillah, pakcik masih boleh hidup(cari rezeki) selagi ada kudrat mengayuh beca.
“Memang kita tengok beca semakin berkembang sebagai produk pelancongan di negeri ini dan pendapatan sebagai pengayuh beca boleh tahan juga, ” katanya kepada Bernama.
Beliau bagaimanapun menyatakan kekesalan berhubung identiti beca Melaka yang kini kebanyakannya dihiasi dengan watak kartun, manakala lagu-lagu Barat pula dimainkan bagi mengiringi kayuhan.
“Itukah yang dikatakan sebagai beca Melaka?” tanya beliau sambil menambah, walaupun pelbagai hiasan itu boleh menarik pelancong terutamanya kanak-kanak namun hakikatnya lambat laun nilai warisan pada beca Melaka akan hilang.

 TIDAK MELAMBANGKAN MELAKA
Melihatkan beca yang lalu-lalang, penulis sedar akan realiti yang diperkatakan Arshad bahawa hiasan kenderaan roda tiga itu kini nyata tidak sama dengan 10 atau 20 tahun dahulu - cantik dihiasi pelbagai susunan flora, fauna dan awan larat manakala lagu tradisional seperti dondang sayang, ghazal dan irama Malaysia dikumandangkan sepanjang perjalanan beca itu.
Kini, boleh dikatakan kesemua beca Melaka dihiasi pelbagai watak seperti Anna dan Elsa daripada filem animasi Frozen; Minions daripada filem Despicable Me; Lightning McQueen daripada filem Cars dan watak kartun Jepun seperti Doraemon, Shin Chan dan Pikachu, juga watak kartun tempatan Upin & Ipin.
Bukan itu sahaja lagu-lagu irama Malaysia yang sering  dikumandangkan mengiringi perjalanan beca juga boleh dikatakan kesemuanya digantikan dengan lagu-lagu Barat seperti ‘Let It Go’ daripada filem Frozen, lagu tema kartun Jepun Doraemon dan lagu-lagu lain yang tidak berkaitan langsung dengan Melaka sebagai usaha menarik perhatian pelancong.
Berdasarkan kajian ‘Impak Beca Terhadap Sektor Pelancongan di Melaka’ oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 2015, sebanyak 54 peratus daripada 30 responden tidak pasti maksud hiasan seumpama itu di letakkan pada beca Melaka manakala 13 peratus bersetuju bahawa ia tidak menggambarkan identiti Melaka.
Tidak menafikan bahawa pelbagai hiasan bermotif kartun dan lagu moden itu dapat menarik perhatian kanak-kanak yang akan mengajak keluarganya menaiki beca berkenaan, Arshad menegaskan bahawa hakikatnya hiasan seperti itu tidak melambangkan Melaka apatah lagi untuk memperkenalkan sejarah dan warisan negeri ini kepada pelancong.
“Kita sepatutnya menunjukkan dan menjelaskan mengenai sejarah dan warisan Melaka, jadi para pelancong tempatan dan asing akan memahaminya dan menghargai keindahan warisan kita,” katanya.

HILANG IDENTITI
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Damian Yeo, anak jati Melaka berketurunan Baba Nyonya turut meluahkan kekecewaannya apabila beca yang sinonim dengan negeri ini sudah semakin hilang identitinya.
Pelancong mengunjungi Melaka untuk mengetahui sejarah dan warisannya, tambah beliau, bukan untuk melihat pembangunan dan kemodenan, justeru produk pelancongan seharusnya menampilkan budaya dan warisan tempatan.
“Memang susah untuk melihat beca tradisional di Bandar Hilir memandangkan kebanyakan pengusaha sudah mengkomersialkan perkhidmatan dan lebih gemar menghiasi beca dengan pelbagai tema filem animasi seperti Snow White,” katanya.
Berazam untuk memastikan agar warisan beca tradisional tidak hilang begitu sahaja, beliau berkata ia akan menjadi antara elemen bagi sebuah taman tema yang dirancang dibangunkan iaitu Perkampungan Hang Tuah, di Duyong.  Taman itu dijangka dirasmikan pada awal tahun depan sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
Selain beca, taman tema itu juga turut menampilkan trek kereta lembu, kereta kuda serta model basikal lama yang pernah digunakan di Melaka suatu ketika dahulu.

PERNIAGAAN MENGUNTUNGKAN
Mengimbau masa lalu, Arshad berkata, promosi hebat untuk menghias beca Melaka sebagai produk pelancongan bermula kira-kira 20 tahun lalu.
Asalnya usaha mempromosi beca adalah bagi membantu golongan pengayuh beca yang berpendapatan rendah ketika itu, namun mula dicemburui syarikat pelancongan apabila ia menjadi perniagaan yang menguntungkan.
“Tahun demi tahun industri beca semakin dikuasai oleh syarikat pelancongan, menyebabkan semakin berkurangan pengayuh yang memiliki beca sendiri. Kini ramai juga pengayuh yang menyewa beca syarikat pelancongan dengan kadar antara RM30 hingga RM50 sehari.
“Syarikat itu juga berurusan dengan ejen-ejen pelancongan serta pengusaha hotel untuk menggunakan perkhidmatan beca mereka membawa pelancong bersiar-siar, sekali gus menyebabkan perkhidmatan beca milik kami terpinggir,” katanya.
Arshad dan rakan-rakannya yang memiliki beca sendiri memperolehi kira-kira RM70 sehari pada hari biasa dan RM200 pada hujung minggu serta cuti umum, kalangan pengayuh yang menyewa beca daripada syarikat pelancongan memperoleh lebih pendapatan.
Pada hari-hari biasa, terdapat kira-kira 80 pengayuh beca mencari rezeki di sekitar bandar raya ini, manakala pada hujung minggu bilangan itu boleh mencecah 300 orang, yang kebanyakannya pengayuh sambilan.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...