Skip to main content

Bekas MB Melaka tarik balik saman terhadap Mat Sabu


KUALA LUMPUR -- Kes  saman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung dakwaan memfitnah beliau melakukan kesalahan seksual selesai hari ini selepas menteri itu menarik balik kenyataannya.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi  Datuk Aliza Sulaiman merekodkan penyelesaian itu selepas kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian semasa pengurusan kes tersebut.
Prosiding di dalam kamar hakim itu dihadiri oleh peguam Nasar Khan Mirbas Khan yang mewakili Mohamad, manakala peguam R.Roshini bertindak bagi pihak Abdul Rahim.
"Pihak defendan iaitu Mohamad telah menarik balik kata-kata yang diadukan dan pihak plaintif iaitu Abdul Rahim telah menarik balik kes, tiada kos diperintahkan, kedua-dua pihak bertolak ansur," kata Nasar Khan ketika ditemui pemberita.
Roshini turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa kedua-dua pihak mahu menyelesaikan kes itu.
Pada 6 Feb 2017, Abdul Rahim selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Mohamad selaku defendan yang didakwa telah membuat tohmahan, bohong dan tidak berasas berhubung salah laku terhadapnya, lapor Bernama.
Abdul Rahim memohon perintah injunksi untuk menahan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu daripada terus memfitnahnya secara lisan mahupun dalam media cetak serta Internet dan permohonan maaf.
Abdul Rahim juga menuntut pihak defendan untuk membayar ganti rugi am berjumlah RM1.5 juta dan ganti rugi teruk.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...