Skip to main content

Bergaduh untuk aktifkan otak - Tun M


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pergaduhannya dengan perdana menteri terdahulu antara faktor yang membuatkan otaknya aktif bekerja.
Beliau berkata, “Saya bergaduh besar dengan perdana menteri terdahulu. Jadi setiap masa otak saya aktif memikirkan cara dan kaedah untuk menukar kerajaan.
“adi apabila anda sentiasa berfikir, menggunakan otak anda, ini bermakna anda tidak akan menjadi pelupa, seperti yang anda dapat lihat pada orang tua,” ujarnya.
Dr Mahathir berkata demikian pada “Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi: Meningkatkan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti” di sini, hari ini yang turut dihadiri isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Presiden Persatuan Third Age Media Cheah Tuck Wing.
Beliau menjelaskan kemunculannya kembali dalam politik selepas bersara didorong oleh kehendak rakyat untuk menukar kerajaan dan pentadbiran sebelum ini bagi mendapatkan kehidupan lebih baik.
Dr Mahathir memberitahu, “Dua minggu selepas saya bersara,  orang datang berjumpa saya. Mereka tidak gembira dengan pengganti saya. Mereka tanya saya, boleh Tun lakukan sesuatu mengenainya?
“Jadi saya mula buat sesuatu. Saya menjadi amat aktif. Sudah tentu apabila pengganti itu akhirnya melepaskan jawatan, kami ada tokoh kedua untuk menggantikan tokoh pertama selepas saya.
“Malangnya sekali lagi orang datang berjumpa saya dan berkata tolong lakukan sesuatu. Buat permulaan saya cuba nasihatkan tetapi tidak berhasil. Kemudian saya memutuskan saya tidak boleh biarkan tokoh ini terus menjadi pemimpin saya, jadi saya keluar parti  (UMNO),” katanya.
Beliau berkata untuk membolehkan menukar pentadbiran sebelum ini, beliau menubuhkan parti baharu  iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk mengalahkan parti yang pernah dipimpinnya dan seterusnya mengambil alih kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
Menyentuh tentang generasi sudah berusia, Dr Mahathir berkata kumpulan spesifik itu perlu kekal aktif selepas bersara untuk memastikan badan mereka sihat.
“Ia bukan hanya otot anda tetapi juga otak anda. Jika anda tidak gunakan otak anda, ia cenderung menjadi semakin merosot. 
“Kemudian keupayaan untuk bercakap, bersyarah, mengutarakan pendapat, membuat aduan, semua itu akan hilang kerana otak anda tidak lagi berfungsi. Jadi saya berpendapat adalah baik untuk orang tua sentiasa membaca, menulis dan juga bergaduh. Kerana ia satu senaman bagi otak anda,” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh audien.
Dr Mahathir, 93, turut berkongsi pengalamannya bahawa sepanjang hidupnya beliau membuat kajian tentang proses penuaan iaitu orang mempunyai peluang lebih baik untuk hidup sehingga usia tua jika mereka tidak menghidap penyakit sukar diubati seperti kanser.
Beliau menegaskan menjadi tua adalah proses biologi tetapi apabila orang tidak menggunakan apa yang mereka ada, tubuh akan menjadi lemah dan mereput, lapor Bernama.
“Apa yang kita ada? Semua kita mempunyai otot. Kita menggunakannya untuk melakukan semua perkara berbentuk fizikal. Jika anda tidak gunakan otot anda, ia akan merosot, hilang kekuatannya dan anda rasa tidak sihat.
“Dan apabila anda rasa tidak sihat, dengan itu anda mahu berehat dan tidur. Apabila anda berehat dan tidur, otot anda tidak digunakan langsung.
“Jadi seperti yang saya katakan, apabila anda tidak gunakan otot anda ia akan menjadi lemah dan semakin lemah. Inilah kecenderungan semua orang tua. Jadi apa yang orang tua patut lakukan? Saya fikir mereka tidak sepatutnya pergi tidur (yang tidak sepatutnya),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...