Skip to main content

Berhati-hati SPRM Scam


SEREMBAN -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan sesekali meminta butiran peribadi terutamanya nombor kad pengenalan diri melalui panggilan telefon.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim berkata orang ramai perlu lebih berwaspada sekiranya menerima panggilan telefon dari pihak yang mendakwa dari badan penguatkuasa atau wakil, dan meminta orang awam memberikan maklumat peribadi.
“Ada orang awam yang datang kepada pihak SPRM mengatakan kita ada memanggil mereka, tetapi sebenarnya tiada, dan mereka ni dipanggil melalui telefon.
“Jika ada mangsa yang mendapat panggilan telefon dipercayai dari scammer yang meminta nombor kad pengenalan, segera lapor ke pihak polis kerana kita takut nombor kad pengenalan yang diberikan kepada scammer akan digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Negeri Sembilan.
Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Ja’afar Mahad.
Hairuzam sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Selangor manakala bekas penyandang pengarah SPRM negeri, Ramli Ismail kini bertugas sebagai Pengarah SPRM Kelantan.
Hairuzam berkata jika terdapat sebarang kemusykilan orang awam diminta datang ke pejabat SPRM terdekat untuk mendapatkan pengesahan, lapor Bernama.
Sementara itu, Hairuzam berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan politik wang dalam Pemilihan PKR 2018 di negeri ini Sabtu lepas.
Dalam perkembangan lain, bagi sembilan bulan pertama tahun ini, SPRM negeri telah menerima 203 maklumat dari pelbagai sumber dan daripada jumlah itu 24 kertas siasatan telah dibuka serta 38 tangkapan telah dibuat.
Pada tempoh yang sama, seramai sembilan orang juga telah dituduh di mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...