Skip to main content

Bomba perlu jengkaut yang lebih besar


GEORGE TOWN -- Lapan puluh peratus daripada 9,290.3 meter persegi (100,000  kaki persegi) tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini telah dialihkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata 20 peratus lagi tanah yang berada di sektor ketiga dijangka dapat dialih dalam tempoh dua hari kerana beberapa kesukaran di kawasan berkenaan.
"Sektor ketiga melibatkan kawasan timbunan tanah runtuh yang tinggi iaitu kira-kira 20 meter dan kami perlu gunakan jengkaut yang lebih besar bagi mengalihkan tanah-tanah itu hingga ke dasar.
Kami harap dapat temui dua lagi lelaki Bangladesh yang dikhuatiri masih hilang di kawasan berkenaan dan fokus pasukan penyelamat memang mencari mereka yang dikenali sebagai Ujal, 25, dan Rahat, 33, itu, " katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk operasi SAR dua lelaki Bangladesh itu dan akan menjalankan operasi sehingga berpuas hati tiada lagi mangsa di lokasi kejadian.
Mohamad Shoki berkata ketika ini Unit Anjing Pengesan (K-9) telah mengenal pasti satu lagi lokasi di sektor ketiga yang kemungkinan terdapat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.
"Dengan cuaca baik hari ini, kami harap dapat menjalankan operasi SAR berterusan sehingga dua mangsa yang dilapor hilang itu ditemui. Pasukan penyelamat akan memberhentikan operasi jika hujan," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan di lokasi tanah runtuh itu tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR.
Sehingga pukul 5 petang ini, lapan mayat telah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, empat lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala dua lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.
Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...