Skip to main content

Budak sekolah ditangkap semasa berparti liar


JOHOR BAHRU -- Polis menyerbu sebuah parti liar di satu kondominium di kawasan Danga Bay di sini semalam dan menahan 20 individu termasuk dua remaja berumur 15 dan 17 tahun kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata dalam serbuan menerusi Ops Tapis antara pukul 10 pagi dan 3 petang semalam itu, polis memeriksa 26 individu termasuk 16 lelaki dan 10 perempuan di kondominum itu.
Katanya 17 daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan tiga lagi positif ketamine.
“Kesemua 20 individu itu pula melibatkan 15 lelaki dan lima perempuan termasuk seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan seorang remaja perempuan 15 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shahurinain berkata siasatan mendapati remaja perempuan itu masih bersekolah di Seri Alam di sini, manakala remaja lelaki itu tidak lagi bersekolah.
Beliau berkata hasil soal siasat, kesemua mereka mengaku mengambil dadah di sebuah pusat hiburan di Taman Sentosa di sini sehari sebelum itu dan pergi ke kondominium itu untuk berehat.
Katanya kesemua mereka dipercayai berkongsi menyewa kondominium itu pada harga RM300 satu malam dan kebanyakan mereka tiba di kondominium itu selepas pukul 2 pagi semalam.
Daripada soal siasat, polis percaya seorang lelaki tempatan dikenali dengan nama samaran "Man" yang menetap di Pontian, dikatakan penganjur parti liar itu, kata beliau.
“Man dikatakan menjemput rakan kenalannya melalui laman sosial WeChat dan rakan-rakan yang lain pula menjemput  kenalan lain menjadikan lebih ramai yang datang ke parti liar tersebut. Bagaimanapun ‘Man’ tidak ada semasa serbuan dilakukan,” katanya.
Menurut Shahurinain, pemeriksaan di premis berkenaan tidak menemui sebarang minuman keras dan tiga hingga empat daripada yang ditahan itu dipercayai telah sering terlibat dengan parti liar, lapor Bernama.
Katanya ia kali pertama kondominium itu diserbu kerana kegiatan parti liar manakala pemilik kondominium dikatakan tidak tahu rumahnya digunakan untuk kegiatan tidak bermoral kerana penyewaannya diurus ejen.
Kesemua 20 mereka yang berumur 15 hingga 24 tahun itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...