Skip to main content

Budaya UMNO tidak akan meresap dalam Bersatu


KUALA LUMPUR -- Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walaupun parti itu mengamalkan dasar terbuka dalam pengambilan anggotanya. 
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu mempunyai dasar dan prinsipnya yang tersendiri yang harus dipegang setiap individu yang mahu menjadi anggota parti itu. 
“Kita pertahankan kepentingan itu (prinsip dan dasar parti) dan kita akan tengok sama ada mereka (anggota baharu) ini sesuai atau tidak. 
“Jika kami dapati mereka tidak sesuai kita tidak beri mereka masuk dalam parti, kita ada kriteria kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan berkelompok Bersatu Wilayah Persekutuan di sini, malam ini. 
Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin baru-baru ini yang dilaporkan berkata kira-kira 40 anggota Parlimen dari UMNO dikatakan berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu. 
Menurut A. Kadir, kesemua mereka dikatakan berpotensi berbuat demikian kerana sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin serta para kepimpinan tertinggi parti itu sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.
Menjawab perkara itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengakui terdapat beberapa anggota Parlimen dari UMNO yang datang menemuinya dan Dr Mahathir untuk meluahkan beberapa perkara. 
“Dalam pertemuan itu saya jelaskan dasar kita dari segi soal parti, penerimaan keahlian dan sebagainya. 
“Kita amalkan dasar terbuka...sesiapa nak sertai parti dia boleh sertai, tidak semestinya dia MP (Anggota Parlimen)  atau ahli biasa pun kita ambil,” tambahnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...