Skip to main content

Bursa dijangka didagang berhati-hati


KUALA LUMPUR -- Bursa Malaysia dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan dipengaruhi oleh kebimbangan luaran, kata seorang penganalisis. 

Penganalisis Maybank Investment Bank, Nik Ihsan Raja Abdullah berkata kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi China yang perlahan, ketegangan perdagangan dan peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dijangka menyeret turun harga saham di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

“FBM KLCI juga dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,720 dan 1,750 minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasaran akan mengalihkan perhatiannya kepada Bajet 2019 akan datang yang akan dibentangkan di Parlimen pada 2 November selepas pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) pada 18 Nov menyediakan hala tuju yang jelas tentang dasar dan hala tuju kerajaan pada masa depan.

Dalam minggu yang baru berakhir ini, Bursa Malaysia memulakan dagangan bagi dua hari pertama dengan catatan positif sebelum kebimbangan luaran terhadap kestabilan geopolitik antara AS dan Arab Saudi telah menyebabkan pasaran tempatan mencatatkan penurunan pada hari ketiga.

Pasaran dijejaskan lagi oleh kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah AS selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS menunjukkan kesepakatan untuk berbuat demikian. 

Saham Telekom Malaysia dan Top Gloves mendapat perhatian selepas dilaporkan bahawa Top Gloves akan menggantikan Telekom dalam konstituen indeks dalam pusingan semakan semula akan datang. 

Sementara itu, saham MyEG dan Datasonic menjadi tumpuan pada hari dagangan akhir selepas berita bahawa kedua-dua kaunter itu dikatakan terlibat dengan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri   Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ini menyebabkan saham MyEG digantung dari pukul 2.30 petang pada Jumaat dan akan meneruskan dagangan pada Isnin.

Kedua-dua syarikat itu, dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, menyangkal segala dakwaan tersebut.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 1.4 mata kepada 1,732.14.

Indeks FBM Emas turun 11.34 mata kepada 11,970.52, Indeks FBMT100 susut 9.63 mata kepada 11,799.99 manakala Indeks FBM Emas Shariah jatuh 42.84 mata kepada 11,946.12.

FBM 70 berkurangan 85.94 mata kepada 13,774.15 manakala FBM Ace naik 91.94 mata kepada 5,099.96.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 36.84 mata kepada 17,565.46, Indeks Perladangan naik 15.17 mata kepada 7,426.97 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.51 mata kepada 173.11.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 7.96 bilion unit bernilai RM8.02 bilion daripada 10.15 bilion unit bernilai RM10.68 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 5.54 bilion saham bernilai RM7.52 bilion berbanding 6.71 bilion saham bernilai RM10.03 bilion.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.27 bilion unit bernilai RM262.7 juta daripada 1.90 bilion unit bernilai RM357.70 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 1.14 bilion saham bernilai RM241.96 juta daripada 1.57 bilion saham bernilai RM289.37 juta.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...