Skip to main content

Calon PAS mahu jadikan PD hab Musang King


PORT DICKSON -- Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Mohd Nazari Mokhtar berhasrat menjadikan daerah itu sebagai hab pengeluaran durian Musang King terkemuka di Asia sekiranya beliau mendapat mandat rakyat pada 13 Okt ini.
Pengusaha tanaman durian Musang King di Kulai, Johor itu juga mahu menjadikan raja buah tersebut sebagai ikon baharu pelancongan di Port Dickson.
Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia itu, berkata perancangan berkenaan dilihat mampu menjadi tarikan terbaharu pelancong ke pusat peranginan berkenaan sekali gus dapat menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat.
“Di sini (Port Dickson) banyak tanah tetapi tidak diusahakan dan sekiranya saya diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi pemimpin mereka, saya akan pastikan kawasan ini diusahakan dengan tanaman durian Musang King.
“Kita boleh mewujudkan pakej pelancongan baharu merangkumi percutian ke pantai, melawat dusun-dusun  serta makan durian Musang King yang cukup digemari pelancong dari China, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong,” katanya.
Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera itu berkata perkara terbabit tidak mustahil dilaksanakan seperti mana Perlis terkenal dengan mangga harumanis.
“Sekiranya menduduki kerusi Parlimen, semestinya saya mempunyai akses kepada pihak-pihak tertentu serta agensi-agensi berkaitan. Ia akan membuka ruang lebih luas untuk saya merealisasikan perancangan ini.
“Saya juga akan menggunakan pengalaman yang ada serta ‘networking’ dalam bidang ini bagi mengenal pasti lokasi terbaik untuk membangunkan tanaman Musang King selain memperkasa sektor pertanian sedia ada di daerah ini,” katanya, lapor Bernama.
PRK Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Mohd Nazari, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 Sept lalu bagi memberi peluang kepada Anwar bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...