Skip to main content

Cuti anggota penyelamat dibeku selama dua bulan


PUTRAJAYA -- Cuti semua anggota penyelamat dan pasukan pengurusan bencana pihak berkuasa tempatan dibekukan bermula November hingga Disember bagi menghadapi bencana banjir Monson Timur Laut, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau, yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat (JKTPBP) yang pertama hari ini, berkata, arahan pembekuan itu sebagai kesiapsiagaan semua pihak termasuk agensi yang mengguna dan menggerak aset.
Antara agensi terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
"Monsun Timur Laut bermula Sabtu lepas (27 Okt) dan akan berlanjutan sehingga Mac tahun hadapan, dan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat bermula November,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.
Dr Wan Azizah berkata hujan lebat yang berterusan ketika Monsun Timur Laut berpotensi mengakibatkan bencana seperti banjir, tanah runtuh, hakisan pantai, dan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan air pasang besar, maka risiko kejadian banjir dan bencana lain akan bertambah buruk.
Menurut beliau, pada November hujan lebat diramalkan bermula di Kelantan dan utara Terengganu. Pada Disember pula, ia akan berlanjutan di selatan Terengganu, Pahang dan Johor manakala di Sabah dan Sarawak pada Januari tahun hadapan. 
Selain itu, kemungkinan fenomena air pasang besar akan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sepanjang Monsun Timur Laut kali ini.
Dr Wan Azizah berkata Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Waspada (kuning) pada 29 Okt hingga 1 Nov telahpun dilkeluarkan bagi Kelantan, Terengganu pada Sabtu lepas.
Pada tempoh yang sama, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) telah mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan kepada agensi berkaitan, katanya.
"PDRM hendaklah bersiapsiaga untuk menghadapi situasi banjir dengan menggerakkan aset dan keanggotaan sedia ada iaitu 31,531 orang seluruh kontinjen di seluruh negara dan Ketua Polis Negeri hendaklah dalam keadaan bersedia sepenuhnya untuk mengetuai operasi," katanya.
Mesyuarat hari ini juga memutuskan bahawa Pos Kawalan Tempat Kejadian dan Pos Kawalan Operasi Bencana (POKB) hendaklah mula diaktifkan, serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) hendaklah melantik pegawai perhubungan di POKB untuk menyelaras pergerakan badan bukan kerajaan.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Malaysia hendaklah mengaturgerak pusat pemindahan banjir yang kini berjumlah 5,448 bagi menampung kapasiti seramai 1.65 juta.
Seramai 6,499 pegawai, 186 kaunselor dan 839 Pasukan Penyokong Psikologi serta 5,620 sukarelawan JKM perlu digerakkan.         "Lima depoh, 165 stor bencana dan 581 pengkalan hadapan hendaklah selesai membuat penambahan stok serta siapsiaga untuk berkhidmat. Kita mahu stok yang segar dan belum expire," katanya. 
Dr Wan Azizah berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga hendaklah mengaturgerak kesiapsiagaan untuk pemindahan haiwan semasa banjir kerana negara pernah mengalami kerugian berjuta-juta ringgit melibatkan lembu, kerbau, kambing, ayam, khindzir, dan rusa, lapor Bernama.
Dr Wan Azizah juga menyarankan orang ramai untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my, aplikasi mobil MyCuaca, dan dalam laman media sosial seperti Facebook (malaysiamet) serta MMD Hotline talian 1-300-22-1638.
"Jangan mudah percaya kepada gambar atau video viral mengenai kejadian banjir yang berlaku beberapa tahun lepas. Dapatkan situasi sebenar menerusi laman sosial yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi," katanya. 
Beliau menyeru rakyat untuk memastikan keselamatan ketika berlakunya banjir, serta mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah serta jika perlu pindah awal, untuk mengelakkan kemalangan jiwa.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...