Skip to main content

Demi TPM, hujan pun diredah


PORT DICKSON -- Biarpun kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedikit lewat dari jadual ke program forum di Masjid Kariah Teluk Kemang di sini, jemaah tetap setia menanti kehadirannya.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sepatutnya tiba pada pukul 9 malam, terlewat hampir satu jam berikutan jadualnya yang padat selain faktor hujan lebat yang melanda Port Dickson sejak siang tadi.
Seorang jemaah, Mohd Ridhwan Rosli, 24, berkata beliau sanggup berpayung meredah hujan dari rumahnya ke program itu untuk melihat Presiden PKR itu secara dekat.
"Saya sangat teruja...sebab tak semua orang berpeluang jumpa beliau, jadi saya tak nak lepaskan peluang tengok dia depan mata," katanya.
Penduduk, Sarimah Nurin Abas, 53, kagum dengan sikap pemimpin nombor dua negara itu yang tetap hadir ke program itu biarpun berdepan kekangan masa.
"Saya amat kagum dengan beliau...walaupun jadual padat dan terpaksa hadir lewat, beliau tetap datang untuk bertemu dengan rakyat di sini," katanya.
Forum bertajuk 'Hijrah Ke Arah Malaysia Baharu' anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menampilkan tiga panel iaitu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha, Presiden ABIM, Mohd Raimi Abdul Rahim dan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Ahmad Azam Abdul Rahman selain turut dihadiri kira-kira 400 jemaah dan penduduk sekitar, lapor Bernama.
Dr Wan Azizah juga sempat beramah mesra dan berswafoto bersama jemaah sebelum meninggalkan majlis untuk ke program bersama komuniti India di Bukit Pelanduk, kira-kira 35 kilometer dari sini.
Presiden PKR itu berada di Port Dickson bagi membantu siri kempen suaminya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu pada Sabtu ini.
PRK Parlimen Port Dickson bakal menyaksikan persaingan tujuh penjuru membabitkan Anwar menentang calon Pas Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima lagi calon bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Parlimen itu memiliki sejumlah 75,770 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada Melayu, 43 peratus, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain (dua peratus), dengan 68,486 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...