Skip to main content

Diskaun saman DBKl tak dapat sambutan


KUALA LUMPUR -- Hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikutip walaupun tawaran bayaran dengan kadar diskaun sebanyak 70 peratus telah diberi sejak 1 Sept lepas. 
Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad kutipan itu amat mendukacitakan memandangkan kerajaan menyasarkan pulangan kutipan keseluruhan menerusi diskaun diberikan berjumlah RM100 juta.
"Kami menyasarkan jumlah kutipan boleh mencecah sehingga RM100 juta namun amat mendukacitakan ia hanya berjaya mendapat RM2 juta sahaja meskipun sudah diberi diskaun sejak 1 Sept," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Flag Off' 'Kuala Lumpur Car Free Morning'.
Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan DBKL sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1 billion.
Berdasarkan itu, DBKL mengambil inisiatif menawarkan kadar istimewa bagi bayaran saman tertunggak, bertujuan menggalakkan pesalah trafik menjelaskan kompaun mereka dengan kadar segera selain mengelakkan tindakan senarai hitam. 
Sementara itu, Khalid berkata pihaknya menerusi Jawatankuasa Khas telah membayar balik sejumlah RM120 juta kepada 10 daripada 97 kes transaksi tanah milik DBKL yang dibatalkan sejak 13 Sept lepas. 
Katanya 10 transaksi lot tanah itu membabitkan tanah seluas 14 ekar yang perlu dihentikan atas nasihat jawatankuasa khas yang turut dianggotai DBKL dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
"Selebihnya pihak SPRM sedang menyiasat dan ada 23 transaksi yang mahu dirunding balik itu akan mendapat balik duitnya yang mana jumlahnya akan diumumkan esok," katanya, lapor Bernama.
Terdahulu, Khalid melakukan upacara 'flag off' pada larian sempena 'KL Car Free Morning' yang disertai oleh kira-kira 3,500 peserta termasuk 600 peserta terdiri daripada golongan pekak. 
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Pengerusi OCBC KL Car Free Morning, Datuk Naim Mohamad. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...