Skip to main content

Dua mayat warga Bangladesh ditemui bertindan


GEORGE TOWN -- Dua lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini ditemukan dalam keadaan bertindan antara satu sama lain di bawah timbunan tanah.
Mayat dua pekerja asing yang juga rakan sekampung dari Bangladesh itu disahkan sebagai Mithu  Hossain, 30, dan Mustak Hossain, 25. 
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata mayat Mithu  ditemukan pada pukul 12.13 tengah hari sebelum menemui mayat Mustak lima minit kemudian.
“Kedua-dua mayat itu ditemui di kawasan sektor kedua. Mayat ditemukan bertindan di bawah timbunan tanah runtuh sedalam empat meter. Identiti mangsa disahkan rakan mereka di lokasi kejadian.
"Mayat mereka ditemukan dalam keadaan sempurna. Mangsa dipercayai telah keluar dari kontena dan cuba menyelamatkan diri namun tidak sempat sebelum tertimbus dalam tanah runtuh," katanya di tempat kejadian di sini.

Saadon juga tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu berbanding jumlah sebenar yang direkodkan berikutan mayat keenam yang dijumpai hari ini iaitu Mustak tiada dalam rekod pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak kejadian Jumaat lepas.
Beliau berkata operasi SAR bertumpu di sektor dua dan tiga kerana pihaknya percaya baki mangsa iaitu sekurang-kurangnya empat orang yang dalam rekod pasukan penyelamat, tertimbus di kawasan itu.
Katanya unit anjing pengesan (K-9) bomba juga berjaya mengenal pasti beberapa kawasan di dua sektor berkenaan dan usaha mengesan mangsa giat dijalankan.
"Kami akan mengalihkan tanah di dua sektor itu menggunakan jengkaut sebelum anjing K-9 dibawa ke kawasan berkenaan bagi membuat pengesanan semula," katanya.
Beliau berkata operasi SAR juga akan diteruskan tanpa henti sehingga semua mayat ditemui, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan cuaca dan sumber pencahayaan.
"Ketika ini cuaca dalam keadaan baik dan sumber pencahayaan juga mencukupi tapi jika hujan kami akan hentikan operasi SAR," katanya, lapor Bernama.
Mengikut rekod bomba, mereka yang dilapor masih hilang ialah warga Indonesia yang dikenali sebagai Subairi serta tiga rakyat Bangladesh dikenali sebagai Ujal, 33, Mohamad Abd Jalil, 31, dan Rahat, 25.
Kejadian tanah runtuh yang dilapor pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan enam pekerja asing maut, tiga cedera manakala empat lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah.
Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari semalam itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Dua mayat ditemukan pada Jumaat iaitu lelaki Indonesia Samsul Asman, 19, dan lelaki Bangladesh Attrul, 35, manakala dua lagi mayat ditemui semalam iaitu Khin Aye Khaing, 33, (wanita Myanmar) dan Bahtiar, 36, (lelaki Indonesia).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...