Skip to main content

Dua remaja lelaki 15 tahun didakwa merogol


KUALA LUMPUR -- Dua remaja lelaki masing-masing berumur 15 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dipercayai anak seorang penggiat seni tanah air.
Kedua-dua remaja lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Iriane Isabelo yang dijalankan secara tertutup kerana melibatkan kes juvana. Hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di dalam mahkamah.
Mereka masing-masing didakwa atas pertuduhan  merogol  remaja itu di dewan terbiar Kota Warisan Selayang di sini  dan di tandas perempuan di pusat beli-belah di Selayang pada Julai dan 20 Sept 2018.
Kedua-dua remaja lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat  jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya media, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memaklumkan bahawa pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap seorang.
Katanya kedua-dua remaja lelaki itu yang tidak diwakili peguam membuat rayuan melalui keluarga mereka memohon jumlah jaminan tersebut dikurangkan dengan alasan remaja terbabit masih bersekolah dan keluarga mereka mempunyai pendapatan yang tidak menentu.
Mahkamah membenarkan mereka  diikat jamin RM2,500 setiap seorang dan menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula kes.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...