Skip to main content

Empat tahun berlalu, rumah masih tak nampak


KUANTAN -- Anggota Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu berkata beliau akan berusaha membantu menyelesaikan pertikaian antara lebih 100 pembeli rumah di Taman Cherating Jaya di sini dengan pemaju projek perumahan itu.
“Kita akan bantu bawa perkara ini ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Perumahan bagi mendapatkan maklumat mengenai status projek perumahan ini dan cara menyelesaikannya,” katanya.
Andansura, yang ditemui pada perhimpunan bantahan aman para pembeli rumah itu di tapak projek di Kampung Sungai Ular di sini berkata, pembeli rumah itu cuma mengharapkan pihak berkenaan memulangkan semula wang deposit mereka berikutan projek itu tidak dapat dilaksanakan.
Sementara itu, para pembeli menggesa kerajaan negeri mencari penyelesaian berhubung isu projek perumahan itu yang didakwa gagal ditepati oleh pemaju.
Wakil pembeli, Azahar Essah, 45, mendakwa setiap pembeli telah membayar wang deposit sebanyak 10 peratus daripada harga rumah yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM1 juta kepada pemaju, yang juga sebuah koperasi.
“Saya sendiri membayar RM16,000 pada 2014 bagi dua lot rumah tidak termasuk RM200 bagi yuran penyertaan koperasi yang wajib dibayar sebelum sebarang tempahan lot boleh dilakukan.
“Tetapi sehingga kini, hampir empat tahun tiada sebarang perjumpaan daripada wakil pemaju, mahupun pulangan wang deposit dibuat walaupun telah digesa berulang kali,” katanya. 
Azahar berkata koperasi berkenaan mula membuka tempahan bagi projek perumahan itu pada 2014 dan memaklumkan pembeli dapat menduduki rumah mereka pada awal tahun ini.
“Pemaju menawarkan rumah bernilai RM50,000 sehingga RM205,000 seunit sebelum meminta pembeli membayar wang tambahan deposit kerana harga rumah dinaikkan kepada RM75,000 sehingga RM220,000 seunit.
“Disebabkan pertambahan bayaran yang diminta, ramai pembeli yang menolak untuk meneruskan pembelian dan meminta supaya wang deposit mereka dipulangkan.
"Bagaimanapun (kami) hampa kerana sehingga kini tiada sebarang bayaran dibuat walaupun pihak pemaju ada memberikan surat pembatalan (perjanjian) dan berjanji untuk membayar semua wang dalam tempoh setahun,” katanya, lapor Bernama.
Menurut Azahar, beberapa laporan polis telah dibuat oleh pembeli kerana berasa tertipu dengan pihak pemaju yang seolah-olah lepas tangan.
Mereka juga berasa diperdaya kerana majlis pecah tanah projek berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...