Skip to main content

ERC tegur kempen Anwar


PORT DICKSON -- Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berpendapat beberapa perkara dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya berlaku.
Pengerusi jawatankuasa itu,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata antara perkara itu adalah majlis jamuan percuma, menteri berkempen dengan membuat janji serta kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Ada dua menteri yang datang berkempen di sini membuat janji dan perkara itu sepatutnya tidak boleh, mereka sepatutnya boleh membuat pengumuman atau janji di luar waktu berkempen.
"Kemudian ada majlis jamuan percuma oleh badan bukan kerajaan atau badan korporat yang menganjurkan majlis bagi pihak calon, itu tidak boleh dan menjadi kesalahan di bawah peraturan pilihan raya," katanya dalam sidang media.
Abdul Rashid, yang juga bekas ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), turut menyifatkan tindakan presiden PKR Dr Wan Azizah berkempen untuk Anwar yang juga suaminya dengan memperkenalkan diri sebagai Timbalan Perdana Menteri pada majlis yang dihadirinya adalah sesuatu yang tidak tepat dan tidak sesuai.
Selain perkara-perkara ini, secara keseluruhan beliau melihat kempen PRK itu yang akan berakhir tengah malam ini berjalan lancar dengan hanya isu-isu kecil berlaku tanpa disengajakan atau mungkin disebabkan terbawa-bawa dengan budaya kempen kerajaan sebelum ini.
Beliau menjelaskan, ERC telah menghantar 11 pemerhati untuk memantau perjalanan PRK Port Dickson dan mendapati SPR menghadapi kekangan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.
"SPR tidak mempunyai kuasa secara persendirian untuk menyiasat pelanggaran beberapa peraturan pilihan raya yang didakwa seperti salah guna kemudahan kerajaan, pemberian hadiah kepada pengundi dan seumpamanya," kata beliau.
Dalam pada itu, Abdul Rashid turut bersetuju agar satu undang-undang baharu digubal bagi mengelak tindakan letak jawatan oleh anggota Parlimen tanpa sebarang alasan munasabah.
"Tapi undang-undang ini tidak boleh diletakkan di bawah SPR kerana SPR hanya menjalankan tanggungjawab menguruskan pilihan raya apabila kerusi itu kosong, undang-undang itu mungkin boleh diletakkan di bawah Parlimen," katanya. 
Abdul Rashid, yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Malaysia (PPBM), pernah menjadi setiausaha SPR dari 1979 hingga 1995, timbalan pengerusi SPR sejak 1997 hingga 2000 dan pengerusi SPR dari 2000 hingga 2008.
Kerajaan mengumumkan penubuhan ERC pada 16 Ogos lepas bagi mengkaji semula sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini.
PRK Parlimen Port Dickson, yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara Anwar dengan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari mengundi.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...