Skip to main content

Golongan homo dan transgender semakin meningkat di negara ini


GEORGE TOWN -- Jumlah golongan homoseksual dan transgender di negara ini menunjukkan peningkatan setiap tahun, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim Dr Mohd Izwan Mohd Yusof berkata sebanyak 310,000 golongan homoseksual terutamanya gay dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013, iaitu peningkatan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun.
Bagi golongan transgender pula, beliau berkata dalam tempoh 20 tahun, jumlah golongan transgender menunjukkan peningkatan sebanyak 200 peratus iaitu sebanyak 30,000 orang pada tahun ini berbanding 10,000 orang pada tahun 1988 dan kebanyakan daripada golongan ini bekerja sebagai pekerja seks. 
"Peningkatan itu boleh jadi pelbagai faktor kerana dengan keterbukaan mungkin satu sudutnya media sosial yang ada pada hari ini. Golongan muda mempunyai akses lebih banyak kepada internet dan media sosial. 
"Ini secara tidak langsung menggalakkan mereka lebih terbuka untuk akses kepada mobile apps yang berkaitan dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan video-video yang tidak sepatutnya untuk mereka tonton," katanya kepada pemberita selepas Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari, di sini hari ini.
Mohd Izwan berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memantau tingkah laku serta pergerakan anak-anak mereka selain memberi perhatian sepenuhnya agar anak-anak tidak merasa kurang kasih sayang sehingga mereka boleh terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat itu.
Beliau berkata selain daripada akses yang mudah kepada internet, faktor lain yang mendorong seseorang itu terjebak dalam golongan LGBT ialah kurang kasih sayang, pola asuhan (cara anak-anak dibesarkan), sikap ibu bapa yang terlalu melindungi serta sering dibuli dan diejek.
"Kami mencadangkan kepada masyarakat bermula dari rumah kalau boleh ibu bapa mengawasi anak-anak. Kalau dulu kita risau anak-anak kita keluar rumah tak balik-balik, hari ini kena lebih risau kalau anak-anak kita dalam bilik dan tak keluar-keluar," katanya.
Beliau turut mencadangkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak yang berumur di bawah 16 tahun ke asrama memandangkan kes-kes gay dan lesbian banyak berlaku di asrama terutamanya di sekolah yang mempunyai satu jantina sahaja.
"Pada peringkat umur 12 ke 15 tahun mereka tidak matang dan tidak tahu membezakan mana sentuhan yang boleh, mana sentuhan yang tidak boleh," katanya, lapor Bernama.
Mengenai program penyembuhan, Mohd Izwan berkata seramai 1,450 orang membabitkan komuniti LGBT telah menyertai program di bawah Jakim yang membantu memberi kesedaran kepada mereka untuk kembali kepada fitrah.
"Soal perubahan itu ia subjektif. Ada yang sudah mengubah penampilan dan ada yang walaupun dia masih dalam penampilan yang berlawanan dengan jantina asal tapi sudah mula meninggalkan pelakuan homoseksual dan ada juga yang sudah berkahwin. Ada yang walaupun tidak berkahwin dia mampu mengawal diri daripada terjebak melakukan pelakuan homoseksual," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...