Skip to main content

Guan Eng betulkan Hadi Awang


PUTRAJAYA -- Kerajaan Persekutuan masih meluluskan bantuan kewangan untuk kerajaan negeri Kelantan membayar gaji/emolumen kakitangan meskipun sedang berhadapan dengan pelbagai kekangan kewangan serta dicerca barisan kepimpinan PAS, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim juga ingin 'membetulkan' kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah menganggap permintaan bantuan kewangan untuk pembayaran gaji daripada kerajaan negeri Kelantan sebagai ‘peminta sedekah’.
"Kementerian Kewangan memberi perhatian yang serius terhadap permintaan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri Kelantan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dan itulah sebabnya kelulusan dana diberikan,” katanya dalam kenyataan.
Abdul Hadi dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan bukan ‘peminta sedekah’ sebaliknya kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab menyediakan bantuan kewangan untuk negeri-negeri di bawah konsep federalisme.
Lim dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan negeri Kelantan masih berhutang sebanyak RM1.46 bilion dengan kerajaan Persekutuan pada 30 Sept 2018, dengan tunggakan hutang sebanyak RM478.6 juta, yang pembayaran balik jumlah itu juga lewat dari yang dijadualkan.
"Hutang RM1,460.7 juta kepada kerajaan Persekutuan hanyalah hutang untuk pembangunan dan infrastruktur.
"Ini tidak mengambil kira pendahuluan untuk perbelanjaan pengurusan yang merupakan bantuan kewangan tambahan oleh kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri Kelantan dan kos operasi," katanya.
Menurut Lim, kerajaan Kelantan telah mendapat pinjaman tambahan daripada kerajaan Persekutuan dalam bentuk pendahuluan untuk membiayai kos membayar gaji/emolumen dan kos operasi dan ia diakui sendiri oleh kerajaan Kelantan dalam beberapa surat rasmi kepada Kementerian Kewangan.
Lim berkata Kelantan adalah penerima dan penghutang terbesar dana pendahuluan.
Menurutnya, hanya sebilangan kecil kerajaan negeri sahaja yang memohon dana pendahuluan untuk bayaran gaji/emolumen dan kos pengurusan manakala negeri seperti Selangor, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang tidak pernah meminjam dana pendahuluan kerana mereka tidak ada masalah membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri.
Lim berkata pada 30 Sept tahun ini (2018), dana pendahuluan yang dihutang oleh Kelantan ialah RM404.4 juta, yang masih belum dibayar, lapor Bernama.
Dengan kata lain, katanya jumlah keseluruhan hutang Kelantan, mencakupi hutang pembangunan dan hutang pengurusan sebenarnya ialah RM1.86 bilion.
Lim meminta Abdul Hadi tidak memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan Persekutuan lebih-lebih lagi kerana bantuan kewangan tetap dihulurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebanyak RM22.5 juta pada bulan Ogos untuk membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan Kelantan.
"Fakta, angka,dan rentetan peristiwa yang jelas menyatakan situasi sebenar di mana kerajaan Kelantan terpaksa memohon untuk mendapatkan pendahuluan daripada kerajaan persekutuan secara rasmi berulang kali,” katanya.
Lim menasihatkan pendekatan yang lebih profesional dan berdisiplin dilaksanakan untuk mencari sumber-sumber hasil yang baharu dan menarik minat pelabur untuk membangunkan ekonomi Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...