Skip to main content

Hak milik tanah 999 tahun masih dalam perbincangan


IPOH -- Isu mengenai pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baharu di Perak masih pada tahap perbincangan, kata Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal berkata buat masa ini beliau tidak dapat memberi keputusan kerana ia memerlukan beberapa proses termasuk sesi perbincangan town hall.
 “Pada ketika ini  saya tidak boleh memberikan hak pegangan bebas kerana perancangannya adalah adakan pertemuan town hall, sejurus selepas itu saya akan bawa semua pandangan dan cadangan ke majlis presiden Pakatan Harapan dan juga majlis tanah negara.
“Mereka yang akan membuat apa sahaja keputusan. Saya akan patuh dan turuti tetapi buat masa ini saya hanya akan berikan kepada mereka yang mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (TOL) geran 99 tahun untuk mereka dapatkan pinjaman kewangan bagi membina rumah yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersiaran selama satu jam menerusi Slot Sepagi Bersama MB di PerakFM di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak.
Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang berkata walaupun janji memberikan status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung baharu termaktub di dalam manifesto Pakatan Harapan negeri, beliau perlu membuat keputusan berdasarkan kebaikan ramai.
“Banyak perkara yang dijanji pada ketika ini baik untuk negeri tetapi apabila kita di dalam pentadbiran, kita melihat ia tidak semestinya baik untuk sebahagian besar  majoriti, jadi kita perlu pertimbang dan lihat balik serta menyelaras semula janji-janji kita ,” katanya.
Pada 13 Ogos lepas, Ahmad Faizal semasa menggulung perbahasan atas Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 berkata pihaknya tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) pada 25 April 1997 menetapkan tempoh pegangan pajakan bagi kampung-kampung baharu tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...