Skip to main content

Hakim nasihat bapa rogol, liwat anak gadis supaya bertaubat


KUALA LUMPUR -- “Di hati kecil kamu, hanya kamu yang tahu apa berlaku dan hanya kamu tahu apa kecederaan yang berlaku pada anak kamu. Maka bertaubatlah,” nasihat hakim Mahkamah Tinggi kepada bapa yang mengaku bersalah meliwat, melakukan seksual fizikal dan merogol anak kandung perempuannya.
Hakim Datuk Azman Abdullah berkata perbuatan yang dilakukan bapa berusia 37 tahun itu tidak boleh diterima dilakukan oleh seorang manusia kerana haiwan juga tidak melakukan perbuatan keji seperti itu.
Beliau menasihati lelaki itu  selepas membenarkan rayuan lelaki itu selaku perayu terhadap hukuman  penjara 48 tahun atas 623 tuduhan jenayah seksual yang dijatuhi Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya pada 8 Sept, 2017.
Bagi 623 pertuduhan itu, Hakim Azman mengurangkan hukuman penjara tertuduh dari 48 tahun kepada 40 tahun dan mengekalkan jumlah sebatan rotan iaitu 24 sebatan yang dikenakan Mahkamah  Jenayah Seksual itu.
Daripada 623 tuduhan itu, perayu disabitkan dengan 591 tuduhan liwat, 30 tuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu, satu tuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa dan satu tuduhan merogol mangsa.
Bagi setiap satu tuduhan liwat, Mahkamah Tinggi  mengurangkan hukuman penjara dari 20 tahun kepada 16 tahun, tuduhan seksual fizikal dikurangkan dari 20 tahun kepada 10 tahun dan penganiayaan seks hukumannya dikurangkan dari 15 tahun kepada 10 tahun dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan  serentak. Oleh itu perayu akan menjalani hukuman penjara 16 tahun bagi kesalahan-kesalahan itu.
Pada 1 Jun lepas, Hakim Azman mengurangkan hukuman penjara bagi kesalahan merogol dari 28 tahun kepada 24 tahun selepas membenarkan rayuan lelaki itu dan mahkamah memerintahkan perayu menjalani  hukuman penjara 16 tahun itu selepas selesai hukuman penjara 24 tahun.
Lelaki itu akan menjalani hukuman penjara selama 40 tahun. Selain itu, perintah-perintah yang dikenakan terhadap perayu oleh mahkamah sebelum ini dikekalkan, lapor Bernama.
Pada 8 Sept, 2017, perayu dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun.
Mahkamah juga memerintahkan agar perayu menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan menjalani pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara serta diarahkan membayar wang pampasan kepada mangsa berjumlah RM10,000 dan boleh dipenjara selama 12 bulan jika gagal menjelaskan denda itu.
Mahkamah juga diperintahkan untuk menyempurnakan bon berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan turut diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin manakala perayu peguam Cyrus Tiu Foo Woey dan N. Rajesh bertindak bagi pihak perayu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...