Skip to main content

Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah


KOTA BHARU -- Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau telah memikirkan perkara berkenaan semasak-masaknya sepanjang sebulan menjadi wakil rakyat bebas.
"Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah dan solat sunat hajat selain perbincangan dengan beberapa pihak.
"Ia bukan satu keputusan yang dibuat dengan cara tergesa-gesa dan saya bersyukur tindakan yang diambil adalah tepat," katanya pada sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mustapa menyertai Bersatu pada Jumaat lepas selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu majlis di Petaling Jaya.
Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, tujuh oleh Barisan Nasional (BN) dan satu Pakatan Harapan (PH).
Mengulas mengenai gesaan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang menggesa Mustapa yang juga ADUN Air Lanas menjadi 'jambatan' antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung tuntutan royalti, Mustapa berkata beliau merupakan 'orang baharu' dalam PH.
"Perkara tersebut perlu dibincangkan oleh pihak berkenaan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan sebagai orang baharu saya kena lihat dahulu perkara berkenaan.
"Namun, melalui persidangan DUN saya akan dapat mengumpulkan maklumat (dari Kelantan) dan akan memaklumkannya kepada pemimpin di Kuala Lumpur," katanya.
Katanya beliau akan membantu sebaik mungkin Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin yang merupakan satu-satunya anggota Kabinet dari Kelantan, lapor Bernama.
"Saya dah jumpa Mohd Radzi yang merupakan satu-satunya wakil Kelantan (dalam Kabinet) dan saya akan bantu beliau sebaik mungkin agar segala hasrat kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.
"Sudah pasti saya akan tunjukkan penghijrahan saya membawa faedah dan beberapa hari lepas saya ada mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Bersatu Kelantan bagi membincangkan hala tuju (kerajaan persekutuan di Kelantan)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...