Skip to main content

Itu pakaian korporat kementerian


LUMUT -- Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menegaskan  pakaian seragam yang dipakainya semasa pemeriksaan barisan tentera baharu-baharu ini bukan pakaian tentera komunis, sebaliknya pakaian korporat Kementerian Pertahanan.
Liew berkata tindakan segelintir pihak yang hanya mahu memperbesarkan isu itu dengan menularkannya dalam laman sosial media dianggap tidak bertanggungjawab.
"Itu pakaian korporat kementerian dan bukan saya sahaja yang pakai tetapi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga pakai kerana kami adalah rakyat biasa tidak perlu memakai uniform tentera.
"Itu keputusan bersama yang diambil kerana kami tidak melalui kesukaran serta terlibat dalam latihan ketenteraan jadi kami tidak layak memakai pakaian seragam tentera walaupun menteri," katanya pada sidang media selepas merasmikan upacara peletakan lunas Kapal Tempur Pesisir (Littoral Cobat Ship)TLDM ke-empat (LCS4) di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) di sini.
Liew berkata pakaian seragam Kementerian Pertahanan itu digunapakai untuk kakitangan bukan tentera dan rakyat mungkin tidak mengetahui perkara berkenaan sehingga timbul salah faham yang mendakwa pakaian itu seakan pakaian komunis.
"Saya faham kalau dulu menteri pakai seragam tentera jadi ramai tidak tahu ada baju seragam ini dan bagi saya ia adalah perkara remeh yang dibangkitkan sesetengah pihak," katanya, lapor Bernama.
Pakaian korporat itu disediakan Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan kem, pos keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur dan pernah menjadi pakaian rasmi bagi anggota kabinet pada Sambutan Hari Kebangsaan, tahun lepas.
Gambar Liew mula tular dalam laman sosial sejak semalam dan mengundang kontroversi selepas beliau didakwa memakai pakaian seragam komunis di hadapan askar Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...