Skip to main content

Jambatan bengkok akan dibincangkan dengan Singapura


JOHOR BAHRU -- Cadangan membina jambatan ketiga bagi menghubungkan Johor ke Singapura, antara agenda yang akan dibincangkan kerajaan Johor dalam Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee (JMC) Meeting di Singapura bulan hadapan. 
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang mengesahkan demikian berkata bagaimanapun perbincangan mengenainya juga akan dilakukan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat pembangunan Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kuala Lumpur, Rabu.
“Ini penting bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dialami Johor ketika ini.
“Jika tidak dilakukan sesuatu, saya rasa sampai bila-bila ia tidak akan selesai. Kalau orang kata dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan membazir …saya rasa itu bukan pembaziran tetapi saya tidak hendak ulas lanjut sebab dah ulas awal dulu,” katanya ketika ditanya isu terbabit.
Beliau ditemui media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Johor di Dewan Raya Taman Bukit Indah di sini.
Justeru, beliau berharap rakyat akan mempunyai tanggapan yang wajar mengenai pembinaan jambatan kerana ia merupakan keperluan tinggi.
“Kalau kita buat pun, kita akan meneliti dengan sebaik mungkin, misalnya kosnya itu janganlah tinggi sangat,” katanya, lapor Bernama.
Cadangan membina jambatan dari kawasan Sungai Rengit, Pengerang dalam daerah Kota Tinggi hingga ke Pulau Ubin, Singapura itu dikemukakan sendiri oleh Osman pada penghujung Ogos lepas. 
Ia sebagai mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di samping selaras dengan pembangunan pesat Pengerang ketika ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...