Skip to main content

Jangan bergantung kepada insentif, subsidi


KUALA LUMPUR -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, insentif dan subsidi adalah tidak baik bagi rakyat Malaysia dan malahan mereka kemungkinan boleh hilang keupayaan untuk berfikir satu hari nanti jika mereka bergantung kepada bantuan seumpama.

Perdana Menteri berkata, sikap bergantung kepada insentif adalah salah, lebih diburukkan lagi ia diamalkan oleh kerajaan sebelum ini. 

“Inilah yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Mereka beri wang kepada rakyat, anda tidak perlu bekerja. Tidak bekerja pun anda boleh dapat RM500.

“Jika rakyat Malaysia menjadi seperti ini, tidak lama lagi mereka tidak boleh berfikir, malah tidak  mampu bergerak, tidak mampu berbuat sesuatu dengan sendiri kerana mereka akan selalu menunggu subsisi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Industri 4.0 Negara, yang juga dikenali sebagai  Dasar Industri 4WRD.

Dr Mahathir berkata, malah dalam forum perniagaan, pihak industri akan meminta insentif kerajaan.

"Bila kita cuba memberitahu rakyat untuk cari lebih wang, mereka bertanya kembali kepada saya sama ada saya akan memberi insentif yang lebih lagi,” katanya, dengan menjentik kepada mereka yang mempunyai  kecenderungan ke arah ini.

Mengenai ketuanan Melayu, Dr Mahathir berkata, tidak ada gunanya bagi masyarakat itu sentiasa  membangkitkan isu berkenaan tetapi mereka sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki diri mereka sendiri.

"Saya bagi tahu kepada orang Melayu semua, tak guna cakap soal ketuanan Melayu kalau kamu kerja sebagai kuli orang.

"Kalau kita nak jadi tuan, kita boleh jadi tuan, tapi kena ada ilmu, nak rajin kerja, jangan tipu, jangan curi," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...