Skip to main content

Jangan semberono hina kematian orang


KUANTAN -- Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang penghantar ikan kerana memuatnaik komen menghina kematian dua anggota polis dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Selasa lepas.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hannan Ibrahim, 27, yang berasal dari Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan itu.
Hukuman diarahkan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 23 Okt lepas. 
Tertuduh yang bertubuh kecil itu didakwa memuatnaik komen menghina kematian dua anggota polis itu dengan menggunakan akaun Facebooknya dalam laman Komuniti Kuantan pada pukul 5.30 petang, 23 Okt lalu. 
Perbuatan tertuduh yang didakwa dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit jenama Samsung Galaxy J2 Prime miliknya dan dilakukan dengan tujuan menyakitkan hati sesetengah pihak. 
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 
Pada prosiding itu, Mohd Hannan yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya atas alasan dia hanya bekerja sebagai penghantar ikan patin dari Pekan ke Temerloh dengan pendapatan RM1,600 sebulan.  
"Saya mohon tempoh penjara yang singkat kerana saya menanggung ibu bapa dan seorang anak saudara. Emak saya tidak sihat dan saya yang perlu menjaganya," katanya yang sempat mengucapkan terima kasih kepada hakim selepas hukuman dijatuhkan. 
Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang awam supaya lebih berhati-hati dalam tindakan mereka dalam laman sosial. 
"Tindakan tertuduh yang meninggalkan komen di posting berkaitan kematian dua anggota polis itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga mengguris hati keluarga mangsa," katanya, lapor Bernama.
Pada Selasa lepas, dua anggota polis dari cawangan Gerakan IPK Kuantan, Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Edin, 23, maut selepas kereta peronda dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan di kilometer 183.4 LPT, dekat Maran. 
Mereka dalam operasi mengiringi kenderaan yang membawa kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dalam perjalanan dari Bentong ke Kuantan semasa kejadian berlaku pukul 3.20 petang.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...