Skip to main content

Janji Tun M untuk Sabah dan Sarawak


KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa pembangunan di Sabah dan Sarawak akan diberikan keutamaan bagi memastikan kedua-dua negeri itu berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.
Beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan ​​(PH) akan mengoptimumkan segala sumber asli serta mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan sedia ada.
“Satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula serta memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11( RMK-11) (2016-2020), Keutamaan dan Penekanan Baharu di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berkata kerajaan melalui pelaksanaan baki tempoh RMK11 –  iaitu dokumen dasar pertama kerajaan PH sejak memenangi Pilihan Raya Umum pada 9 Mei lepas, juga akan mempertingkatkan  kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi  kemakmuran rakyat di negeri  itu.
Menurutnya kerajaan juga berhasrat untuk membina 7,000 unit rumah mampu milik serta menaik taraf  400 buah sekolah daif di Sabah dan Sarawak.
"Dari segi kemudahan kesihatan, tiga buah hospital akan dinaik taraf iaitu di Papar, Miri dan Lawas, katanya.
Dr Mahathir berkata kerajaan juga berhasrat untuk meningkatkan liputan jalur lebar khususnya di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui cadangan membina 106 menara telekomunikasi baharu dan menaik taraf 400 menara sedia ada.
Perdana Menteri juga menekankan kepentingan untuk memajukan tanah adat di kedua-dua negeri itu yang diyakini mampu untuk mewujudkan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan penduduk setempat.
Öleh itu, kerjasama antara kerajaan negeri, agensi berkaitan, pemilik tanah dan pelabur akan dipertingkat. Aktiviti pengukuran dan pemetaan Hak Tanah Adat akan dilaksana bagi membolehkan tanah adat  dibangunkan,”  katanya.
Perdana Menteri berkata melalui baki tempoh pelaksanaan RMK-11 yang berakhir pada  tahun  2020,  kerajaan akan menyediakan peruntukan pembangunan yang lebih saksama kepada Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan yang lebih setara di seluruh negara, lapor Bernama.
Katanya sehubungan itu kerajaan akan memperkenalkan kembali agenda pembangunan wilayah yang seimbang sebagai keutamaan yang turut membabitkan peruntukan kewangan kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Dr Mahathir juga berkata sebagai kerajaan yang prihatin ke arah mewujudkan masyarakat yang saksama,  kerajaan akan berusaha memperkasa kumpulan minoriti menerusi program khusus yang akan dilaksanakan bagi suku kaum Sabah dan Sarawak termasuk orang asli di kawasan luar bandar serta pedalaman.
"Antara inisiatif yang akan dilaksana termasuk penawaran lebih banyak program dan peluang pendididkan, latihan kemahiran dan keusahawanan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer o...

Pendapatan RM2 juta tanam tembikai wangi

KOTA BHARU -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) gembira apabila pendapatan 29 peserta Ladang Kontrak Projek Agrotourism di Kampung Banggol di sini kini hampir mencecah RM2 juta setahun. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata beliau yakin hasil penanaman tembikai wangi yang mereka usahakan di sebidang tanah berkeluasan lebih 40 hektar di kampung itu akan mencecah lebih RM2 juta pada tahun ini berdasarkan kepada mutu buah yang semakin baik dan mendapat permintaan tinggi. "Pendapatan mereka kini meningkat pada setiap tahun dan sebagai perbandingan pada 2011 mereka mendapat sekitar RM235,000 dan pada tahun lepas pendapatan mereka sudah mencecah hampir RM2 juta. "Ini hasrat kita untuk melihat petani ini berjaya dan akhirnya keluar daripada garis kemiskinan dan sebab itu FAMA akan membantu mereka berjaya dalam pertanian," katanya kepada Bernama selepas majlis  menandatangani perjanjian jual beli tembikai...

Hujan lebat di Kelantan dijangka berlanjutan ke Januari

KOTA BHARU -- Jabatan Meteorologi Kelantan menjangkakan episod hujan lebat berkemungkinan akan berlanjutan ke bulan Januari tahun hadapan di negeri ini. Pengarahnya Rabiah Zakaria berkata ia berikutan Kelantan masih dipengaruhi Monsun Timur Laut pada bulan berkenaan. "Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan akan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut pada tahun ini dengan purata jumlah hujan antara 440 milimeter (mm) hingga 690mm bagi bulan Disember ini di Kelantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Rabiah berkata setakat ini empat episod hujan lebat telah berlaku di pantai timur termasuklah yang sedang berlaku sekarang. Beliau berkata pemantauan masih lagi diteruskan dari semasa ke semasa bagi menentukan kemungkinan tersebut kerana bulan Disember belum berakhir. "Jika ramalan itu berlaku, ia sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan kepada persediaan untuk sesi persekolahan baharu tahun ...