Skip to main content

Janji Tun, Malaysia akan kembali menjadi Harimau Asia


SUBANG -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yakin ekonomi negara akan kembali pulih dengan kehadiran lebih banyak pelabur asing sekali gus mengembalikan semula gelaran Harimau Asia. 

Beliau berkata, keyakinan itu disandarkan hasil pertemuan beliau dengan pemimpin dunia termasuk pelabur asing sewaktu berada di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) baru-baru ini.

“Selama 10 hari lawatan kerja, saya menjalankan tugas seperti dirangka, buat ucapan di UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) (PBB) dan buat pertemuan dengan ramai pentadbir dunia di AS dan UK untuk menjelaskan dasar Pakatan Harapan yang sudah menjadi kerajaan di Malaysia.

“Mereka berpuas hati dan ramai berjanji akan datang untuk melabur,” katanya ketika berucap selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang, selepas mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) sesi ke-73 dari 25 hingga 29 Sept lalu dan lawatan kerja ke UK.

Ketibaan Perdana Menteri hari ini disambut Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman; Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Ching Tong; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan ratusan orang awam yang sabar menanti sejak pukul 5 petang, walaupun dalam keadaan hujan lebat dan basah.

Jelas Dr Mahathir, kerajaan akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di semua peringkat termasuk pegawai kerajaan, pekerja mahir dan jurutera terlatih bagi mengeluarkan produk canggih bertaraf antarabangsa dan bernilai tinggi dalam usaha menarik kehadiran pelabur asing. 

“Saya merayu rakyat Malaysia buat persediaan dan jangan hampakan mereka  (pelabur) yang hendak tolong negara kita dan melabur di Malaysia.

“Kita akan kerja keras dan kita akan keluarkan barang yang berkualiti untuk tunjuk kepada dunia bahawa Malaysia sudah dipulihkan dan mahu kembali menjadi Harimau Asia,” katanya.

Dr Mahathir percaya dan berharap agar ekonomi negara akan kembali pulih sekali gus lebih banyak hasil dapat dinikmati seluruh rakyat Malaysia daripada lawatannya ke kedua-dua negara besar itu.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan UK melalui Perdana Menterinya, Theresa May, kerana berkongsi dengan Malaysia langkah menangani korupsi. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...