Skip to main content

JDT masih boleh ditewas - Irfan


KUALA NERUS -- Misi menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua di Larkin Sabtu ini bukan satu perkara mustahil kerana pasukan itu bukanlah 'kebal' sepenuhnya.

Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim berkata beliau mengiktiraf JDT sebagai pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia (M) musim ini namun mereka masih boleh ditewaskan dengan strategi dan taktikal permainan yang betul.

"Kelebihan satu gol ini sebenarnya besar dan juga kecil. Begitu juga dengan 90 minit yang berlangsung itu juga lama dan tidak lama.  Jadi pemain harus mempunyai disiplin diri yang tinggi di Larkin nanti untuk kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir nanti insya-Allah.

"Peluang sekarang adalah 50-50 kerana kelebihan JDT bermain di 'rumah' sendiri sementara TFC mempunyai kelebihan satu gol," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, di sini.

TFC menumpaskan JDT 1-0 pada pusingan pertama separuh akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menerusi jaringan penyerang Abdul Malik Mat Ariff  pada minit ke-78.

Ketika ditanya mengenai persediaan mental pemain untuk menghadapi tekanan daripada penyokong Harimau Selatan itu nanti, Irfan berkata perkara itu tidak mendatangkan masalah kerana barisan pemainnya berpengalaman dan sudah lali dengan situasi tersebut.

"Dua perlawanan terakhir di tempat kita dengan begitu ramai penyokong saya rasa sudah tidak jadi masalah kepada pemain, lagipun saya sudah maklum kepada mereka supaya tumpukan di dalam padang kerana sudah pasti Larkin akan dipenuhi penyokong JDT.

"Dengan pengalaman yang ada pada pemain seperti Igor Zonjic,  Lee Tuck dan Kipre Tchetche ia bukan masalah besar kerana pemain ini akan bertindak menasihati pemain lain," katanya.

Beliau berkata tumpuan TFC menjelang pertemuan itu nanti ialah memperbaiki kelemahan di beberapa bahagian seperti jentera pertahanan memandangkan JDT bukanlah calang-calang pasukan.

Aksi pemanas badan bertemu kelab dari India, East Bengal pada Sabtu lalu yang berkesudahan seri 0-0 turut memberi input penting kepada TFC mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pada pemain.

JDT ialah juara bertahan Piala Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...